Gempa bumi landa Indonesia, tidak cetus amaran tsunami, berikut 9 fakta berkaitan

A
A
A

GEMPA bumi bermagnitud 6.7 menggegarkan Sumur, dekat wilayah Banten, Indonesia sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada Jumaat.

Difahamkan gegaran itu turut dirasai di ibu kota Jakarta hingga mengakibatkan orang ramai keluar meninggalkan bangunan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), berikut 9 fakta berkaitan;

1. Gempa berkedalaman 10 kilometer itu tidak mencetuskan sebarang amaran Tsunami.

2. Gempa itu berlaku 52 km dari barat daya Sumur-Banten dan 197 km barat daya Jakarta.

3. Gempa bumi Banten merupakan gempa bumi tektonik.

4. Dengan mengambil kira lokasi pusat gempa dan kedalaman hiposenter, gempa bumi Banten merupakan gempa bumi cetek akibat aktiviti subduksi.

9 fakta berkaitan gempa bumi dengan magnitud 6.7 landa Banten, Indonesia

5. Selain itu, berdasarkan hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa bumi mempunyai mekanisme pergerakan ke atas.

6. Pengarah BMKG, Dwikorita Karnawati dalam siaran media maya berkata selepas gempa pertama pada jam 4.05 waktu tempatan, terdapat lima gempa susulan.

Baca juga Gara-gara beri rating hotel 6/10, pelanggan diancam saman lebih RM300K

7. Sementara itu, menurut Pemangku Ketua Pusat Data, Penerangan dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari, gempa bumi itu dirasai kuat di kawasan Pandeglang, Banten.

8. Laporan visual yang dihimpun dari lapangan menunjukkan beberapa rumah dan sebuah sekolah di Kecamatan Sumur dan Munjul, Kabupaten Pandeglang mengalami kerosakan.

9. Penduduk telah berlari keluar dari rumah mereka apabila mereka merasakan gegaran yang kuat.

Sumber: Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang