GEMPA bumi tidak berlaku di Malaysia kerana terletak kedudukan negara kita tidak terletak dalam dalam Lingkaran Api Pasifik atau Ring of Fire.

Bagaimanapun, gegaran kesan daripada gempa di lokasi berdekatan masih boleh dirasai.

Gempa bumi yang berpusat 18km di tenggara Padang Sidempuan, Indonesia menyebabkan gegaran turut dirasai di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter itu turut menggegarkan bangunan di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia pada hari Rabu11 Ogos, kira-kira jam 1.19 tengah hari.

Sementara itu, Dr Surono, ahli geofizik Indonesia yang dihubungi oleh portal Sumut Antara News menjelaskan bahawa adalah gempa tektonik dari sesar aktif di lokasi tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku gempa susulan. Namun katanya, ia berkemungkinan kecil dan tidak menimbulkan kerosakan.

Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya melaporkan gempa dengan kedalaman 19 km itu berlaku pada jarak 18 km Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sebelum itu, warga maya di kawasan Lembah Klang mendakwa merasakan gegaran yang berlaku dalam tempoh singkat.

Iklan

“Patutlah bergegar tadi. Alhamdulillah, nasib baik. Cukup kuat untuk sampai ke Malaysia tapi tak cukup kuat untuk menyebabkan tsunami.”

“Ya ALLAH kami di Kuala Lumpur juga terasa gegaran ni. Tiba-tiba katil bergegar tadi. Ingat ada gempa bumi tadi di Malaysia.”

Semenanjung Malaysia relatifnya tidak menjana gempa bumi kuat kerana tidak terletak dalam dalam Lingkaran Api Pasifik atau Ring of Fire.

Lingkaran Api Pasifik ditandai di kawasan yang aktif seismik iaitu mempunyai gunung berapi dan kerap menjana gempa bumi bermagnitud tinggi.

Iklan

Baca juga Ipoh, Gua Musang Bakal Gempa Bumi 16 Minit? Ini Kupasan Geologi Malaysia

Lingkaran Api Pasifik Ring of Fire merujuk kepada kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, dimana kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.

Kawasan ini berbentuk seperti ladam kuda dan merangkumi wilayah sepanjang 40,000 kilemeter yang juga dipanggil plat gempa Pasifik.

Hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api ini.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: @metmalaysia, @infobmkg, Sumut Antara News, Wikipedia