Waspada, hujan sangat lebat berterusan, angin kencang diramal di Semenanjung - Meteorologi Malaysia

Iklan
ok

BUAT penduduk di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, korang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menghadapi perubahan cuaca dalam masa terdekat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sosial Twitter memaklumkan sistem tekanan rendah dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Iklan
Iklan

Berikut lima info penting berkaitan ramalan itu:

1. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem tekanan rendah di Laut China Selatan dan dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu pada lewat malam 25 Februari 2022.

Iklan

2. Ia dijangka akan bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung Malaysia.

Iklan

Baca juga: Waspada! La Nina Berterusan Hingga Mei, Angin Kencang, Hujan Lebat Dijangka Di Pantai Timur, Sabah, S’wak

4. Dalam masa yang sama luruan monsun sedang berlaku. Jabatan berkenaan terdahulu telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk dan Waspada) bagi negeri dan wilayah berikut:

-Kelantan

-Terengganu

-Pahang

-Johor

-Perlis

-Kedah

-Pulau Pinang

-Perak

-Selangor

-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

-Wilayah Persekutuan Putrajaya

- Negeri Sembilan

5. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

SISTEM TEKANAN RENDAH

Bagi korang yang belum mengetahui, sistem tekanan rendah berlaku apabila udara naik dan bertiup mengikut arah lawan jam di sekitar kawasan rendah (di hemisfera utara).

Apabila ia naik dan menyejuk, wap air yang terkondensasi akan membentuk awan dan mungkin kerpasan (hujan batu).

Disebabkan proses tersebut, cuaca dalam keadaan tekanan rendah ini kebiasaannya berlaku dalam keadaan ‘tidak menentu’ dan menakutkan.

Baca juga: Waspada! Hujan Batu Boleh Cederakan Manusia, Biasa Turun 10-20 Minit

Baca juga: Nampak kilat, dengar guruh cepatlah cari tempat berlindung, 5 fakta penting elak dipanah petir

TIP BERHADAPAN HUJAN LEBAT, RIBUT PETIR DAN ANGIN KENCANG

  • Elakkan berada di tempat lapang
  • Jangan berlindung atau parkir di bawah pokok.
  • Elakkan menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik ketika ribut petir.
  • Jauhi struktur tidak kukuh.
  • Waspada kehadiran kepala air di kawasan air terjun.
  • Jauhi kawasan yang dinaiki air.
  • Elakkan melakukan aktiviti luar.

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber:">MetMalaysia, Center of Science Education