FENOMENA banjir boleh berlaku sekelip mata terutamanya apabila hujan turun dengan lebat.

Membayangkan diri berada di dalam kenderaan dan jalan di hadapan mula dinaiki air, ia tentunya membimbangkan dan boleh mencetuskan panik.

Apatah lagi jika masih mempunyai urusan yang perlu dilunaskan, tentu seboleh-bolehnyanya perjalanan ingin diteruskan sehingga sampai ke destinasi.

Namun, diingatkan supaya korang tidak bertindak terburu-buru. Sebaik-baiknya pertimbangkan dahulu beberapa faktor.

Berikut adalah langkah yang yang perlu dilakukan bila berhadapan situasi sedemikian.

Baca juga Ditumbuk, Tekap Seterika, Cucuh Puntung Rokok, Berikut Antara Tiga Kes Dera Bayi Paling Tragis

1. Mungkin ada yang beranggapan ‘redah sahaja air banjir’ kerana kereta lain boleh berbuat demikian. Namun berpatah balik adalah langkah yang lebih selamat.

2. Dalam pada membuat keputusan, penting untuk korang melihat tahap kederasan dan kedalaman air banjir tersebut.

3. Sekiranya air terlalu deras dan tingginya menjangkau paras separuh tayar kenderaan , korang dinasihatkan untuk tidak meredah kerana ia boleh menyebabkan kereta teralih dengan sendirinya.

4. Arus air yang terlalu deras dibimbangi menyebabkan kenderaan hanyut sekelip mata dan membahayakan nyawa korang dan penumpang.

5. Fakta penting! Sebanyak 32 peratus kematian akibat banjir adalah kerana mangsa terperangkap di dalam kenderaan.

6. Jalan-jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35 meter.

7. Manakala semua kenderaan tidak dibenarkan meredah banjir sekiranya paras air mencecah kedalaman 0.76 meter di atas permukaan jalan.

8. SUV dan trak mempunyai paras tayar yang lebih tinggi berbanding kereta.

9. Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bahagian bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!

10. Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) mampu menyebabkan kereta terapung dan berisiko tinggi untuk hanyut.

Jadi, jika air terlalu deras, tunggu sahaja. Tindakan tersebut lebih selamat daripada kerugian harta benda atau lebih berharga ialah nyawa.

Terdahulu, sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama, Inanam Jumaat lalu.

Iklan

Dalam kejadian 6.00 petang itu, difahamkan, terdapat dua mangsa dalam kenderaan berkenaan. Mereka dikatakan cuba melepasi jambatan berkenaan, namun gagal selepas dihanyutkan arus deras.

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.

Iklan

Mayat penumpang, Juning Maturin, 27, ditemui terlebih dahulu dalam keadaan terperangkap di tempat duduk.

Manakala mayat pemandu, Simon Sanga Tupe, 68, ditemui di luar kenderaan iaitu berdekatan dengan Sungai Kiansom di Kg Dambai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang berlangsung selama empat hari ditamatkan pada Isnin lalu.