KEJADIAN hujan batu adalah suatu fenomena yang biasa terjadi di negara kita.

Hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat (severe thunderstorm) beserta hujan lebat dan angin kencang.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti yang melanda di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan batu terjadi apabila awan Kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 km, suhu udara di dalam awan tersebut melepasi nilai ambang tahap beku dan pembentukan ketulan-ketulan ais di atas lapisan berkenaan.

Ais yang terbentuk di dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah.

Baca juga Isteri Firaun, Asiah wanita yang dijamin masuk syurga, hiasan kepala Uyaina jadi perhatian

Titisan hujan yang terbentuk sebagai ketulan-ketulan air batu kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 cm iaitu sebesar guli.

Kejadian hujan batu ini lazimnya berlaku setempat (localised) iaitu kawasan yang berada di bawah awan Kumulonimbus.

Tempoh kejadian hujan batu juga agak singkat iaitu sekitar 10-20 minit sahaja.

hujan

Namun waspada, hujan batu ini boleh membawa kemusnahan harta benda dan nyawa, antaranya;

1. Kerosakan pada kereta, pesawat, tingkap dan struktur berbumbung kaca.

2. Kerosakan tanaman, bangunan, harta benda dan kemudahan awam.

3. Kecederaan kepada manusia.

Iklan

Baca juga Pernah diiktiraf ke-3 tercantik di dunia, Masjid Kristal bernilai RM22 juta semakin uzur, sepi

Justeru itu, ini beberapa tip jika kawasan korang dilanda hujan batu;

1. Elakkan berapa di kawasan lapang.

2. Segera berlindung di bawah bangunan yang kukuh dan selamat.

Iklan

3. Jauhi tingkap.

4. Parkir kenderaan di tempat tertutup atau struktur yang kukuh seperti bawah jambatan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: METMalaysia