Inspirasi! Setahun jual sambal raih RM7.5 juta, Khairul Aming buka kilang di Kelantan

Iklan
Khairul Aming-Sambal Nyet (2)

KHAIRUL Aming nama yang tidak asing lagi. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, perkongsian resipi saban hari memerusi laman sosial Instagram mencipta populariti bekas graduan kejuruteraan luar negara itu dalam sekelip mata.

Khairul Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman menerusi laman sosial Twitter berkongsi tentang perkembangan jualan produk sambal miliknya iaitu Sambal Nyet.

Iklan
Iklan

Populariti sambal berkenaan tidak perlu dipertikaikan lagi. Puluhan ribu stok sambal ‘laku keras’ itu dilaporkan habis dalam masa tidak sampai satu jam! Hinggakan ia pembelian perlu dihadkan kepada empat botol bagi setiap pelanggan.

Bermula daripada produksi kecil-kecilan, dia kini berjaya memiliki kilang memproses sambal seluas 14,000 kaki persegi.

Iklan

Menerusi sesi perhimpunan secara maya, Khairul Aming mendedahkan jumlah jualan mencecah RM7.5 juta selepas setahun mengusahakan Sambal Nyet.

Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Iklan

"Dari 6 Januari 2021 ke 6 Januari 2022, kita berjaya menjual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM7.5 juta.

"Sehingga hari ini 2 Mac 2022, jumlah tersebut telah naik kepada 621,800 botol bersamaan dengan jualan RM8.6 juta,” ciapnya.

Dalam pada itu, jutawan berusia 30 tahun itu turut berkongsi pengalaman pahit manis yang dilaluinya.

"Bermula dengan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 kaki persegi ini banyak perkara yang aku belajar.

"Mula-mula berat hati untuk membina kilang sendiri kerana ramai mencadangkan untuk mengupah untuk mengupah pengeluar produk tanpa jenama (Original Equipment Manufacturer-OEM) untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A hingga Z, ini risiko yang perlu diambil.

"Sepanjang setengah tahun yang lepas bermacam kesilapan aku buat.

"Tersilap beli mesin material, reka letak dan sebagainya. Tetapi dari situlah kita belajar. Selepas menelan belanja lebih RM1 juta ini kilang yang beroperasi pada hari ini,” katanya.

Pemuda kelahiran Kota Bharu itu memaklumkan kilang miliknya belum lengkap sepenuhnya.

"Kita masih lagi dalam proses membuat kemasan akhir seperti mengecat, pendawaian dan perlabelan.

"Sebelum membuat pengubahsuaian, kita sudah berhubung dengan touch dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (MeSTI) untuk pemeriksaan.

"Harapan kami untuk mendapatkan kelulusan MeSTI dan persijilan halal pada tahun ini,” katanya.

Baca juga: Insiden Sambal Nyet Khairul Aming diciplak, wanita tampil mohon maaf. 2 cadangan ini boleh elakkan ia berulang

Menyasarkan pengeluaran sebanyak 1 juta botol sambal dalam masa yang terdekat, Khairul Aming turut mendedahkan bakal mengeluarkan produk kedua tidak lama lagi.

"Kilang ini dibuat untuk kapasiti dua produk. Ya, akan ada produk kedua selepas Sambal Nyet nanti tetapi masih rahsia buat masa sekarang. Mesin-mesin yang kita import ini semua sudah bersedia untuk untuk produk kedua nanti,” katanya lagi.

Pernah berhadapan insiden sambal ‘diciplak’ pada tahun lalu, sambal popular itu kini tampil dengan botol kaca lengkap tulisan timbul pada bahagian bawah.

"Untuk menjaga keaslian produk, kita juga memperkenalkan ‘custom glass embossing’ pada botol kaca sambal. Kalau anda terbalikkan botol ke bawah, boleh nampak tulisan"NYET” yang timbul pada bahagian bawah botol,” katanya.

Populariti sambal jualannya turut menerima 212,400 penilaian daripada pengguna di platfrom e-dagang Shopee yang mana 97.9 peratus daripadanya memberikan lima bintang.

Rata-rata warga maya terharu dengan kejayaan Khairul Aming dan mengucapkan tahniah.

Kejayaan  tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita sanggup bekerja kuat, rajin berusaha, konsisten dan bersungguh-sungguh.

Semoga kejayaan yang dicapai Khairul Aming menjadi inspirasi buat anak muda lain.

Baca juga: Khairul Aming, MUA Bellaz sumbang puluhan ribu, hasil jualan produk pada tabung Palestin

Jangan lupa follow kami di Instagram!