SOP terkini untuk suami menemani isteri di wad bersalin hospital kerajaan

Iklan
IBU HAMIL (2)

SECARA umumnya, kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa pada Oktober 2021.

Iklan
Iklan

Dalam sebuah perkongsian KKM baru-baru ini, KKM sekali mengingatkan SOP terkini yang perlu dipatuhi oleh suami untuk menemani isteri di wad bersalin hospital kerajaan.

Menurutnya, polisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa.

Iklan

Baca juga Waspada! Kanak-kanak jadi sasaran varian Omicron, kemasukan PICU meningkat 94%

Berikut adalah SOP dan kriteria terkini bagi suami atau ahli keluarga untuk menemani ibu hamil semasa bersalin:

Iklan

A) Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu;

  • 14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis dua dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca.
  • 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson.

B) Suami atau ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian.

C) Suami atau ahli keluarga memberi kit ujian kendiri Covid-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan.

Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

Baca juga Bawa anak ke cawangan berdekatan, tukar segera akaun Tabung Haji anak capai umur 18 sebelum 1 Mei

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, semaklah dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI