UMUM maklum, kerajaan kini meneruskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Walaupun ia tidak diwajibkan kepada golongan tersebut, pengambilan vaksin dikatakan amat penting untuk mereka terutamanya apabila kita akan memulakan proses peralihan ke fasa endemik pada April nanti yang akan melibatkan pembukaan semula sempadan negara.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Justeru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) hari ini menyarankan kepada ibu bapa agar merebut peluang untuk mevaksinkan anak-anak bagi melindungi daripada jangkitan varian Omicron yang lebih dashyat dan boleh membawa maut dari jangkitan Covid-19 serta komplikasinya (MICS).

Berikut faktor-faktor yang membuktikan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 adalah amat penting bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun;

1. Kanak-kanak berumur 11 tahun dan ke bawah mengalami risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan varian Omicron berbanding dengan varian sebelum ini.

2. Ini kerana mereka amat terdedah serta belum mendapat perlindungan yang sewajarnya berbanding dengan dewasa yang telah mendapat vaksinasi.

3. Risiko jangkitan varian Omicron meningkat sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai komorbid, atau tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi atau immunocompromised seperti mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma dan obesiti.

Baca juga Tiada paksaan suntik vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

4. Selain itu, jangkitan varian Omicron juga menunjukkan gejala lain seperti cirit-birit, muntah, dehidrasi (dehydration) dan demam sawan (febrile convulsion) walaupun kategori jangkitan Covid-19 adalah rendah.

5. Varian Omicron juga akan menyebabkan keadaan penyakit sedia ada menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, pesakit kanak-kanak asma akan mengalami semput yang teruk walaupun kategori jangkitan Covid-19 adalah rendah.

6. Situasi semasa jangkitan Covid-19 di kalangan kanak-kanak amat membimbangkan dengan varian Omicron.

7. Jumlah keseluruhan bilangan kanak-kanak berumur 0-11 tahun yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan peningkatan dari tahun 2020 sebanyak 7,730 kepada 379,245 pada tahun 2021.

Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera

Baca juga Vaksin untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan, ini 10 fakta berkaitan

8. Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang dijangkiti Covid-19 adalah seramai 50,826 orang.

9. Data menunjukkan peningkatan sebanyak 68,893 orang antara pertengahan Februari dan Mac 2022.

10. Jumlah keseluruhan pesakit kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti Covid-19 sebanyak 119,719 orang dari Januari hingga pertengahan Mac 2022.

Iklan

11. Penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak itu menunjukkan peningkatan ketara dari Januari hingga hujung Februari 2022.

12. Kadar kemasukan kanak-kanak ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) meningkat 94% untuk semua kategori 3 hingga 5. Ia menunjukkan 200% kategori 4 dan 125% untuk kategori 5.

13. Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C), keadaan kritikal yang boleh terjadi kepada kanak-kanak akibat Covid-19 yang akan mengalami keradangan organ dalaman terutama jantung, paru-paru dan otak.

14. Seramai 174 kanak-kanak bawah 18 tahun mengalami MIS-C semenjak Jun 2020-Disember 2021. Sehingga kini tujuh kematian kanak-kanak disebabkan MIS-C.

15. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-Covid (sindrom Covid-19 selepas fasa jangkitan).

16. Data setakat ini menunjukkan risiko kanak-kanak lebih rendah berbanding dewasa namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang Long-Covid kepada kanak-kanak.

CARA DAFTAR RUJUK INI: Covid-19: Pendaftaran vaksin untuk kanak-kanak, remaja kini dibuka. Ini cara mudah untuk menempah janji temu buat mereka

Sementara itu, pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi meningkatkan pemberian vaksin di hospital khususnya di kalangan pesakit Pediatrik. Antaranya;

Iklan

1. Mewujudkan “Booth PICKids” di Klinik Pediatrik atau mana-mana lokasi yang sesuai di hospital. Pakar Pedaitrik atau Pegawai Perubatan yang berpengalaman akan memberi penerangan kepada ibu bapa berkenaan manfaat vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak dan menjawab sebarang kemusykilan atau kerisauan.

2. Semua Hospital Negeri dan Hospital Berpakar Major telah mengadakan “Kempen Jom Vaksin@Hospital KKM” bermula 28 Feb 2022 bersempena cuti sekolah.

Baca juga Ini komplikasi yang boleh dihadapi jika si kecil tiada vaksin Covid-19. Kenali MISC dengan lebih terperinci

3. Mengenal pasti pesakit yang sesuai dan menghantar kepada Penyelaras MySejahtera Negeri bagi memberi temujanji kepada pesakit pediatrik.

4. Menggunakan “pendekatan opportunistik” kepada pesakit yang akan discaj atau pesakit yang hadir ke Klinik Pakar, sekiranya sesuai.

5. Menawarkan pemberian vaksin kepada adik-beradik pesakit serta anak-anak anggota SPPV sekiranya bekalan mencukupi.

Namun, kata KJ, sungguhpun pelbagai inisiatif telah dijalankan, penerimaan ibu bapa didapati agak perlahan. Ramai masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.