MOHON perhatian buat ibu bapa. Bermula 1 Mei ini, semua pemegang akaun kanak-kanak Tabung Haji (TH) yang sudah berusia lebih 18 tahun perlu menukar akaun mereka ke akaun dewasa.

Gagal berbuat demikian akan mengakibatkan akaun tersebut tidak dapat membuat sebarang transaksi pengeluaran.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Bagaimanapun, akaun berkenaan masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

Menurut Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd Wahab, ini perincian berkaitan;

1. Pengumuman pelanjutan tempoh pada bulan November lalu adalah untuk memberi peluang kepada pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dan penjaga untuk melakukan proses penukaran status di cawangan-cawangan TH berdekatan.

2. TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran sekiranya pendeposit gagal menukar status akaun bermula Isnin, 2 Mei 2022.

tabung haji

3. Dalam masa sama status link akaun antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

4. TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Baca juga Waspada! Kanak-kanak jadi sasaran varian Omicron, kemasukan PICU meningkat 94%

5. TH juga menyarankan semua pendepositnya memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH.

Namun, hanya satu cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk penukaran akaun tersebut iaitu;

Iklan

Ibu bapa atau penjaga perlu datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun kanak-kanak ke akaun dewasa agak tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC).

Semoga bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI