[VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

Iklan
sayur (2)

CENDERAHATI atau ‘doorgift’ adalah pelengkap sesebuah majlis perkahwinan.

Selain meraikan tetamu dengan jamuan, sudah menjadi kelaziman masyarakat kita menyediakan buah tangan untuk para tetamu sebagai kenang-kenangan.

Iklan
Iklan

Antara bingkisan yang sering menjadi pilihan para pengantin ialah berbentuk manisan seperti kek, coklat dan biskut. Tidak kurang juga memberikan makanan seperti roti, kicap dan sos yang dibungkus cantik.

Baca juga: Kisah rider terpaksa cari pelanggan tidak bayar COD tular, lari lepas ambil makanan RM100

Iklan

Buah tangan dalam bentuk makanan adalah idea yang wajar dipraktikkan. Tiada istilah membazir apabila memberikan hadiah makanan kerana ia pasti akan dinikmati penerima.

Seperti dalam sebuah video yang tular di laman sosial Facebook ini. Pengguna Facebook, Nur Amylia berkongsi situasi majlis perkahwinan dihadirinya di dalam sebuah grup.

Iklan

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan pelbagai jenis sayuran segar disusun di atas meja khas serta terdapat nota kecil bertulis terima kasih.

Ahli keluarga kepada pengantin lelaki, Kamarul Ariffin Ramli, tampil berkongsi tentang idea menjadikan sayur sebagai buah tangan tetamu.

Baca juga: [VIDEO]Pengantin baru sedang 'photoshoot' terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

 

"Terima kasih yang hadir ke majlis kekanda saya tempohari. Tak sangka pula boleh viral, idea ‘doorgift’ ini sebenarnya abang saya yang cetuskan.

"Asyik-asyik bagi bunga telur, buat simpan habuk katanya,” katanya.

Rata-rata warga maya turut teruja perkongsian itu dan menyifatkan ia adalah hadiah yang bermanfaat dan unik.

-"Bagus, boleh dimasak.”

-"Wow baik ni support pekebun. Anak saya kahwin nanti cadang nak bagi tebu.”

-"Idea yang sangat baik. Esoknya tetamu masak sayur tu .”

-"Fresh dari ladang, suka sangat goodies dia.”

-"Wahh, hebat lah door giftnya! Jangan main-main. Door gift jenis ini mahal harganya sekarang, bertuah kalau dapat.”

Kreatif orang kita, mengolah sumber alam menjadi bingkisan buat tetamu. Sesungguhnya hadiah yang terbaik adalah yang bermanfaat.

Baca juga: Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI