SIAPA sangka tindakan pantas dan berani mati seorang pemuda dapat menyelamatkan nyawa insan lain.

Dalam kejadian cemas berlaku di depan mata, seorang pengantin baru sanggup terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas pada Jumaat lalu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @anippahmad, pengantin baru yang sedang merakam gambar perkahwinannya di tebing Sungai Anak Bukit, Alor Setar itu dengan pantas terjun menyelamatkan kanak-kanak dipercayai golongan kurang upaya (OKU).

Difahamkan kanak-kanak tersebut berlari keluar dari kereta dan terjun ke sungai berkenaan.

Dengan tindakan pantas pengantin lelaki itu akhirnya berjaya membawa naik kanak-kanak tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian warga maya, rata-ratanya kagum dengan tindakan pantas pemuda tersebut tanpa menghiraukan masih dalam persalinan pengantin.

[VIDEO]Pengantin baru sedang 'photoshoot' terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

Iklan

Ramai memuji tindakan pengantin lelaki terbabit selain menganggapnya sebagai hero.

Ujar mereka;

“Terbaiklah bang… semoga perkahwinan abang dan isteri barokah mawardah hingga ke Jannah.”

“Nak selamat orang lemas ni bahaya kat diri sendiri kalau tak ada ilmu. Sebab mangsa akan berpaut kepada kita, ada cara nya nak selamatkan orang lemas.”

“Teknik dia menampakkan yang dia berpengalaman atau pengetahuan, dia tak datang rapat kepada mangsa, terima kasih hero.”

“Terbaik pengantin baru ni… beruntung isteri dia, tahniah selamat pengantin baru.”

“Alhamdulillah tahniah pada yang menyelamatkan mangsa… terbaik pada semua yang saling membantu.”

@anipp.88 #herokitaniboss ♬ bunyi asal – anipp ahmad

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI