Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo

A
A
A

MENGENGGAM segulung ijazah antara kejayaan yang paling bermakna untuk bagi mereka yang mampu melangkah kaki ke menara gading.

Hari penerimaan ijazah atau kkonvokesyen adalah hari yang paling bermakna bagi insan bergelar mahasiswa. Masakan tidak, setelah bertungkus lumus mengikuti kelas, menempuhi semester-semester mencabar dan bersengkang mata menghabiskan pengajian,

Saat-saat bahagia itu lebih menggembirakan sekiranya ibu dan bapa turut sama hadir.

Namun gadis ini menarik perhatian warga maya apabila berpeluang memeluk bapanya di atas pentas konvoksyen.

Pengguna Twitter dikenali sebagai ">Safija berkongsi momen bermakna ketika dia menghadiri istiadat itu baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Safija dilihat sempat memeluk bapa tersayang sejurus menerima skrol ijazah Kelas Pertama di atas pentas konvokesyen memandangkan bapanya adalah pensyarah di universiti yang sama.

Dalam ciapannya, graduan jurusan Sains Politik itu turut menceritakan kisah yang dilalui bapanya sebelum muncul sebagai ahli akademik.

Kata Safija, bapanya, Dr Spahic Omer tiba di Malaysia 30 tahun lalu datang sebagai pelarian perang Bosnia.

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Dengan usaha gigih, Dr Spahic kini bergelar seorang pensyarah dan profesor.

Kata Safija, dia dan bapanya sangat akrab. Kedua-duanya adalah rakan baik yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sokongan dalam pembelajaran. Malah jasa lelaki itu tidak mampu dibalas.

Perkongsian yang cukup bermakna itu meraih perhatian warga mata. Ramai mengakui tersentuh dengan video yang dimuat naik.

Tambahan pula apabila mengetahui perjuangan bapanya yang kini merupakan seorang pensyarah yang disegani dan mampu melihat anak bersama-sama di atas pentas konvokesyen.

Profesor adalah pangkat tertinggi dalam hirarki akademik di sebuah universiti. Gelaran diberikan kepada individu yang memberi sumbangan penting mereka untuk penyelidikan dan pengajaran disiplin tertentu.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca