MYSEJAHTERA adalah aplikasi penting dan dimuat turun hampir setiap individu di negara ini.
Sejak diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Mac 2020 bagi membantu dalam menguruskan wabak Covid-19, ia telah dimuat turun sebanyak 10 juta pengguna ke peranti elektronik.
Tidak hanya digunakan untuk mendaftar masuk ke premis, MySejahtera memantau penilaian kendiri kesihatan dan memantau kemajuan kesihatan sepanjang wabak Covid-19.
Baca juga: MySejahtera Perlu ‘Verified’ Ini Sebabnya, Berikut Langkah Mudah Untuk Disahkan
Baca juga: Omicron BA.2 Bakal Dominan Di Malaysia, 10 Info Penting Mengenainya
Selain itu, ia juga merupakan saluran rasmi yang menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menawarkan pendaftaran vaksinasi, pelantikan dan pengeluaran sijil digital vaksinasi wabak itu.
Menerusi Twitter, MySejahtera berkongsi beberapa langkah mudah memindahkannya seperti berikut:
1.Di telefon baru, kemas kini aplikasi Mysejahtera kepada versi terkini.
2.Pastikan akaun anda di telefon baru baru sahaja disahkan.
3.Anda akan mendapati data MySejahtera dipaparkan di nombor telefon baru.
Baca juga: Tidak Wajib Pelitup Muka, Pelancong Lengkap Vaksin Tidak Perlu Diuji, Singapura Buka Semula Sempadan
Sekiranya cara di atas tidak dapat membantu mengesahkan akaun Mysejahtera, ikuti empat langkah ini;
1.Klik ‘Bantuan’ pada notifikasi yang dipaparkan pada telefon baru anda.
2.Klik ‘Pilihan 1’ berkenaan akaun Mysejahtera anda di telefon lama.
3.Jawab semua soalan dan klik ‘Hantar’.
4.Sahkan akaun anda di telefon baru. Selepas anda mengesahkannya, data Mysejahtera di telefon lama akan ada di telefon baru.
Baca juga: Imuniti Berkurangan, Suntikan Vaksin Ke-4 Satu 'Keperluan' - CEO Pfizer
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI