SUDAH menjadi sifat semua virus untuk bermutasi dari semasa ke semasa termasuk Sars-CoV-2 atau koronavirus ini.

Sehingga 22 Mac, 3,999,621 kes dicatatkan di seluruh negara sejak ia lebih dua tahun lalu.

Virus Covid-19 terus bermutasi sebagai satu cara untuk terus bertahan dan membiak.

Sebagai contoh, mempunyai mutasi daripada Alpha, Beta dan Delta kepada Omicron. Terkini, varian Omicron menjadi salah satu varian yang paling banyak menjangkiti di negara ini.

Ini adalah membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila negara yang sedang berada ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ pada 1 April 2022.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, varian Omicron yang pertama kali dikesan di Malaysia pada Disember 2021 kini menjadi varian tertinggi mengatasi varian Delta.

Baca juga: Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

10 FAKTA MENGENAI SUB-LINEAGE OMICRON

1-Variant of Concern (VOC) Omicron  terbahagi kepada tiga sub-lineage iaitu BA.1, BA.1.1, dan BA.2.

2-Sehingga 20 Mac 2022, masih belum ada laporan mengenai kewujudan satu lagi sub-lineage iaitu BA.3 di Malaysia.

3-Kebimbangan terhadap sub-lineage BA.2 adalah kerana ia berkemungkinan mengakibatkan transmisi yang lebih tinggi berbanding dengan sub-lineage Omicron yang lain serta varian Delta.

4-Di antara tiga sub-lineage varian Omicron yang menular, jumlah pelaporan sub-lineage BA.1.1 dan BA.2 dilihat semakin meningkat.

5-Omicron sub -lineage BA.1.1 telah meningkat daripada 38.3 peratus pada Januari 2022 kepada 48.7 peratus pada bulan Februari 2022.

Baca juga: MySejahtera Perlu ‘Verified’ Ini Sebabnya, Berikut Langkah Mudah Untuk Disahkan

Iklan
BA.2 mula dikesan di Filipina.

6-Ia bagaimanapun namun menurun kepada 40 peratus pada bulan Mac 2022.

7-Bagi tempoh yang sama (1 Mac 2022 hingga 17 Mac 2022), didapati varian Omicron BA.2 telah melonjak kepada 27.1 peratus berbanding pada bulan Januari 2022 dan Februari 2022 di mana pelaporan untuk varian Omicron sub-lineage BA.2 hanyalah masing-masing 0.9 peratus dan 2.7 peratus. Kenaikan mendadak sub-lineage BA.2 ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian.

8-Tidak hanya Malaysia, situasi yang sama turut berlaku di beberapa negara seperti Denmark, India, dan Nepal yang telah melaporkan varian utama virus SAR-CoV2 yang menular di negara mereka adalah varian Omicron sub-lineage BA.2.

9-Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan besar kemungkinan varian Omicron sub-lineage BA.2 kelak akan menjadi varian yang dominan di Malaysia.

10-Justeru, penduduk Malaysia perlu berwaspada dengan peningkatan penularan varian Omicron BA.2.

TINGKAT ANTIBODI ELAK ICU

Iklan

Menurut Dr Noor Hisham, Neutralizing Antibodies (NAb) adalah antibodi yang bertanggungjawab untuk mempertahankan sel daripada organisma yang menyebabkan penyakit, iaitu terbentuk sama ada melalui pelalian atau tindak balas tubuh terhadap jangkitan terdahulu.

“Dapatan kajian oleh Jingyou Yu et. al, 2022, telah menyarankan bahawa vaksin dos penggalak (booster) adalah disyorkan untuk meningkatkan tahap NAb yang lebih tinggi dan konsisten terhadap BA.1 atau BA.2.

“Ia berfungsi untuk melindungi mereka yang dijangkiti sub-lineage varian Omicron daripada kesan yang serius serta mengelakkan kemasukan ke hospital atau ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI