[VIDEO] Cermin sisi, 'wiper' dipatahkan, aksi wanita rosakkan kereta ‘double-park’ tular

Iklan
double park (1)

DALAM situasi tertentu, pemandu terpaksa meninggalkan kereta dengan meletakkan secara bertindih atau ‘double park’ buat seketika.

Selalunya bagi pemilik kenderaan ‘double park’, mereka akan meninggalkan kenderaan dalam keadaan brek tangan bebas dan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

Iklan
Iklan

Namun jika kereta ditinggalkan secara ‘double park’ dalam tempoh yang lama sehingga menghalang pengguna jalan yang lain sudah tentulah salah. Tetapi ia bukanlah tiket untuk kita merosakkannya.

Baca juga: Peniaga Guna Petak Parkir OKU Minta Pengguna Alih Kenderaan, Bapa Kecewa Hak Anak Seolah Dinafikan

Iklan

Pemilik juga menjelaskan kenderaan yang dihalang adalah milik rakannya sendiri.

Iklan

Kerosakan pada kereta itu hanya disedari pada jam 6.50 petang. Antara kerosakan yang berlaku ialah kesan calar, cermin sisi dan pengelap cermin belakang dipatahkan.

Selain itu ekzos juga bengkok dan kepingan tilam span diletakkan pada bahagian atas kereta.

Kejadian itu bagaimanapun telah dirakam penduduk setempat dan jelas pelakunya ialah seorang wanita berbaju merah.

Baca juga: [VIDEO] Deretan 10 kereta parkir rosak dilanggar lori, tuntutan ganti rugi tidak dapat dilakukan kerana...

Sebagai rekod, ‘double park’ ialah salah satu kesalahan trafik di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan. Malah pihak berkuasa tempatan juga boleh mengambiil tindakan ke atas kenderaan yang diletakkan secara bertindih.

Bagi kenderaan ‘double park’, ia akan ditunda. Pemiliknya juga akan dikenakan denda sebanyak RM300.

Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan:

"Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan.”

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan menjadi pengajaran buat kita semua.

Baca juga: Pemandu lori diserang sakit jantung ketika memandu, soalan pertama perakam video mengguris perasaan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI