VIDEO yang memaparkan 10 buah kereta yang diparkir pada bahu jalan di Putrajaya rosak pada bahagian sisi akibat dilanggar oleh sebuah lori menjadi tular di media sosial.

Perlanggaran disifatkan langgar lari itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang mana videonya menjadi viral di laman sosial Twitter.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz, beliau tidak menolak kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.

“Daripada rakaman CCTV, saya lihat laluan jadi sempit. Mungkin pemandu lori itu telah lama menunggu untuk melepasi laluan namun pemilik kereta tidak muncul. Maka dia (pemandu lori) cuba melepasi laluan itu dengan merempuh kereta,”katanya kepada Bernama.

Difahamkan pemandu lori terbabit telah berjaya dikesan dan akan diambil keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Dalam pada itu, 10 pemandu kereta yang rosak telah hadir ke IPD Putrajaya bagi membuat laporan. Kes tersebut disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Iklan

Baca juga: Bill Gates Terima Menantu Muslim, Atlet Ekuestrian Mesir, Berikut 5 Fakta Mengenainya

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri berkata memaklumkan lokasi 10 kenderaan tersebut adalah kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir.

Iklan

Lapor sebuah portal berita tempatan, susulan itu tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat.

Baca juga: Smartwatch selamat nyawa pemuda, hubungi ambulans, keluarga selepas dilanggar lari

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama, Twitter @ZackAvaricious