Petak parkir adalah antara kemudahan yang disediakan pihak berkuasa bagi kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Bagaimanapun, ia sering menjadi sasaran disalah gunakan sesetengah golongan yang kurang peka, atau tidak peka langsung dengan fasiliti yang disediakan untuk golongan itu.

Seperti pengalaman yang dikongsikan pengguna Facebook Isma Nizam Norahman yang meluahkan rasa kecewa apabila hak menggunakan tempat letak kereta OKU anaknya diambil oleh peniaga jalanan untuk berniaga.

Baca juga: ‘Usah ajuk kami kifarah itu benar’, Ras Adiba marah, kecewa OKU dipersenda

Katanya, setiba di sebuah kawasan di Klang, Selangor, sebuah parkir OKU didapati kosong tetapi diletakkan sebuah kerusi seolah-olah ‘ditanda’ bagi menempatkan sebuah lori penjaja.

Kata Isma kenderaanya diminta dialihkan kerana peniaga berkenaan ingin menurunkan barang dan meletakkan van kat di lot parkir berkenaan.

Dia yang ketika itu sedang membawa turun alat bantu jalan si anak sempat memberitahu membawa anak OKU bersama.

Walaupun sudah diberitahu kehadiran individu OKU, peniaga berkenaan berkeras untuk memintanya mengalihkan kenderaan.

“Orang Kelainan Upaya ada, parkir pun OKU, pelekat OKU negeri Selangor pun ada. Perlukah bang saya mengalihkan kereta?” titipnya.

Menurut Isma, parkir OKU hanya digunakan apabila dia membawa anaknya bersama.

“Kalau saya seorang tidak bawa anak, saya tidak meletakkan kenderaan di dalam petak biru ni. Malu badan elok parking di tempat bukan hak kita ,” titipnya.

Baca juga: Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari

Warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada yang bertindak mengambil hak OKU sesuka hati.

Iklan

-“Peniaga seperti ini sangat pentingkan diri.. Di tempat saya ada yang mengambil dua hingga tiga ruang parkir OKU hingga untuk berniaga.”

– “Kenapa berniaga petak parkir OKU.”

– “Di negara barat, mana-mana kenderaan yang bukan OKU parking di tempat OKU akan disaman hampir USD1,000 manakala yang menipu pelekat OKU pula USD1,500. Di Malaysia pihak berkuasa tidak cakna.”

– “Bukan saja petak tempat letak kereta dilibas mereka, malah tandas OKU pun mereka yang guna.”

Iklan

Ada di kalangan warga maya meminta laporan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan agar golongan OKU tidak terus ditindas.Preview (opens in a new tab)

Baca juga: “Ini kurang ajar namanya.” Ras Adiba bengang isu persenda OKU, salah guna parkir, pemuda akhirnya mohon maaf

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI