Batuk, semput, mengah selepas dijangkiti Covid-19, guna Spirometer senaman paru-paru

Iklan
Batuk, semput, mengah selepas dijangkiti Covid-19, guna Spirometer senaman paru-paru

PARU-PARU organ yang penting, ia menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dalam badan.

Tanpa paru-paru, seluruh organ akan rosak. Apabila dijangkiti Covid-19, virus berbahaya itu melumpuhkan dan merosakkan paru-paru.

Iklan
Iklan

Jika terkena jangkitan, pesakit sudah pasti ingin kembali kepada aktiviti sebelumnya tanpa masalah seperti semput, sesak nafas dan kurang stamina.

Iklan

Jadi, adalah penting untuk paru-paru kita kembali kepada keadaan asal seperti sebelum terkenanya jangkitan.

Jika tidak boleh kembali kepada 100% jadikan ia hampir kepada asal dengan cara fisioterapi dan rehabilitasi.

Iklan

Baca juga Legakan batuk guna 2 bahan mudah, petua dikongsi Dr Rizal

Bekas pesakit Covid-19 boleh menggunakan alat senaman paru-paru dikenali Spirometer bagi menguatkan otot pernafasan.

Senaman menggunakan Spirometer tiga bola ini dapat membantu proses pemulihan Covid-19.

Lakukan senaman paru-paru ini setiap jam untuk menguatkan semula sistem pernafasan.

Alat ini mudah, murah dan mampu milik, jadi diingatkan untuk tidak berkongsi dengan orang lain bagi elak risiko jangkitan.

Sementara itu, ini cara penggunaan Spirometer yang betul;

1. Duduk tegak di kerusi atau di atas katil dengan kedudukan yang selesa.

2. Pegang Spirometer dengan kedua tangan.

3. Letakkan mulut ke dalam mulut dan ketatkan bibir di sekelilingnya.

4. Bernafas secara perlahan-lahan dan sedalam mungkin. Bola yang terletak di bawah penunjuk itu perlu naik ke atas lajur.

Baca juga Asyik makan ubat bila sakit? Ingat! Jangan sampai merosakkan buah pinggang. Ini penjelasannya

5. Tahan nafas selama sekurang-kurangnya tiga saat atau untuk membolehkan bola kembali ke bahagian bawah lajur.

6. Rehat seketika dan batuk untuk membersihkan saluran pernafasan jika perlu.

7. Ulangi langkah ini untuk mendapatkan tahap pernafasan yang disyorkan.

8. Lakukan setiap jam, naikkan ketiga-tiga bola tersebut sebanyak 10 kali.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Public Health Malaysia