PUDING Karamel atau lebih dikenali sebagai Crème Karamel antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai.
Kelihatan seakan sama dengan menu pencuci mulut yang popular di Mexico, Sepanyol dan Amerika Latin iaitu Flan. Bahan yang digunakan adalah sama, cuma yang membezakan hanya cara memasak.
Flan dibakar menerusi kaedah ‘water bath’ manakala Puding Karamel dikukus.
Puding Karamel yang juga dipanggil Kastad Karamel ialah pencuci mulut dengan lapisan sos karamel. Merasanya pun membuatkan kita terpesona, lemak dan manis bersatu di dalam setiap suapan.
Rasa lima bintang menu popular itu boleh dirasai hanya menggunakan enam jenis bahan. Cara penyediannya pun mudah. Jom buat sendiri untuk berbuka puasa Ramadan nanti.
Berikut perkongsian resipi Puding Karamel oleh pengguna Facebook, Khairun Nisa.
Baca juga: Sambal tumis ikan kembung nampak biasa, tak sedar buat nasi bertambah
BAHAN-BAHAN
A
1/2 cawan gula pasir
B
5 biji telur gred A
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (boleh kurangkan)
1 cawan air
Sedikit esen vanila
CARA MEMBUATNYA
1. Cairkan gula di dalam kuali. Biarkan ia cair dan bertukar perang .Elakkan ia hangus untuk mengelakkan rasa pahit.
2. Tuangkan karamel ke dalam loyang bersaiz 7 inci.
3. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan tuangkan esen vanila dan air.
4. Kemudian masukkan susu cair dan susu pekat.
5. Kacau sebati menggunakan 'whisk'. Jangan pukul adunan terlalu lama bagi mengelakkan puding berongga.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah diisi karamel.
7. Kukus selama 25 hingga 30 minit.
8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu.
Selamat mencuba!
Sumber: Khairun Nisa
Baca juga: Daging paprik ringkas, cukup satu lauk lengkap hidangan keluarga
Baca juga: Tak cukup segelas, resipi air Laici Coconut Jelly memang menyegarkan!
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI