Menangis di ‘airport’, lelaki sujud syukur anak 2 orang, tak tahu isteri hamil tika berangkat ke Singapura

Iklan
sempadan malaysia Singapura (1)

TANGGAL 1 April lalu menyaksikan Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan antara yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara.

Suasana di sekitar sempadan negara di Tambak Johor menjadi perhatian ramai susulan pembukaan semula laluan darat Malaysia-Singapura. Suasana meriah dengan ramai saudara mara dan rakan-rakan bersedia menyambut kepulangan rakyat Malaysia dari republik itu

Iklan
Iklan

Pergerakan merentas sempadan bermula tepat jam 12 tengah malam menyaksikan ribuan warga Malaysia berjalan kaki, menaiki motosikal serta kereta dari Woodlands Checkpoints ke Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.

Tidak hanya itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pengecualian bayaran tol selama tujuh hari di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Linkedua) di Johor sempena pembukaan semula laluan darat Malaysia-Singapura bermula 1 April.

Iklan

Pembukaan sempadan ini menyaksikan pertemuan semula warga Malaysia yang terpisah dengan keluarga sejak Covid-19 melanda dunia.

Iklan

Ada yang berpeluang pulang semula ke rumah yang lama ditinggalkan, bertemu dengan anak, isteri, ibu bapa dan ahli keluarga yang selama ini hanya berhubung menerusi panggilan video.

Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya

Lebih manis lagi apabila tahun ini kita semua berpeluang menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga.

Antara kisah yang menyayat hati ialah perkongsian seorang lelaki bernama Malik yang melakukan sujud syukur di lapangan terbang ketika sampai ke Malaysia melalui penerbangan dari Singapura.

Perkongsian daripada TikTok @akupeduliofficial itu mengundang air mata. Gelagat lelaki itu yang melakukan sujud syukur dan menangis di lapangan terbang ketika baru sampai ke KLIA menarik perhatian pemilik akaun TikTok berkenaan.

Bercerita lanjut kisah ang dilaluinya, Malik memberitahu sebelum pandemik Covid-19 dan berangkat ke Singapura, dia langsung tidak mengetahui bahawa isterinya yang berada di Malaysia sedang mengandung anak kedua mereka.

Baca juga: Kanak-kanak baru belajar puasa disorok bekal, lemah hingga dibawa ke klinik, doktor cerita kisah sebenar

Namun dia hanya mengetahui perkara itu selepas tiba di Singapura. Pada ketika itu, anak sulungnya masih kecil.

Akur dengan peraturan, lelaki berkenaan tidak mampu untuk pulang ke tanah air susulan sempadan negara ditutup ekoran pandemik yang melanda.

Namun setelah bertahun-tahun tidak pulang ke Malaysia, Malik tidak menyangka anak pertamanya semakin membesar.

Malah kini dia dan isteri dikurniakan seorang anak perempuan.

Baca juga: 10 tanda awal kehamilan yang biasa dan jarang berlaku, ibu muda wajib ambil tahu

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI