Will Smith dilarang 10 tahun sertai Oscar, ini tindakan tegas terhadapnya

Iklan
Will Smith dilarang 10 tahun sertai Oscar, ini tindakan tegas terhadapnya

PASTI satu dunia masih mengingati insiden mengejutkan, pelakon terkenal Hollywood, Will Smith menempeleng pelawak, Chris Rock, di atas pentas satu anugerah berprestij pada penghujung Mac lalu.

Iklan
Iklan

Selain itu, berikut fakta berkaitan hukuman yang diberikan kepadanya;

1. Smith juga dilarang menghadiri sebarang acara lain yang dianjurkan oleh Akademi Seni dan Sains Filem sepanjang sedekad akan datang.

Iklan

2. Bagaimanapun, anggota lembaga Akademi tidak memutuskan untuk menarik balik anugerah pelakon terbaik yang dimenangi oleh Smith pada bulan lalu menerusi filem"King Richard," atau melarangnya daripada mendapat sebarang pencalonan atau kemenangan Oscar di masa hadapan.

3. Presiden Akademi, David Rubin dan Ketua Eksekutif (CEO), Dawn Hudson dalam satu kenyataan mengatakan, ahli lembaga memutuskan selama tempoh 10 tahun dari 8 April 2022, Smith dilarang menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara bersemuka atau secara maya.

Iklan

Baca juga Will Smith tampar pengacara Oscar seloroh isteri botak, berikut fakta alopecia areata dihidapi Jada

4. Larangan itu bermakna Smith tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan - tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.

Minggu lalu, Smith meletak jawatan daripada Akademi dan berkata sedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Sebelum ini pelakon berkenaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan memohon maaf pada Rock, penerbit Oscar, calon anugerah serta penonton acara tersebut.

Baca juga Imej terbaru Jada Smith berkain batik sarong curi perhatian

Ia berlaku ketika Rock menjadi penyampai kategori Dokumentari Terbaik, membuat lawak kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith, Jada Pinkett Smith yang berimej botak dengan menyamakannya seperti watak GI Jane lakonan Demi Moore.- Agensi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI