Will Smith tampar pengacara Oscar seloroh isteri botak, berikut fakta alopecia areata dihidapi Jada

A
A
A

BARU-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan aktor kelas A Hollywood, Will Smith menampar pengacara Chris Rock.

Ia terjadi susulan selepas pengacara itu berseloroh mengenai masalah alopecia atau keguguran rambut isteri Will, Jada Pinkett Smith ketika siaran langsung Oscars 2022.

Baca juga: Will Smith Tampar Chris Rock Gara-Gara Persenda Imej Isteri

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Insiden itu mengejutkan penonton di seluruh dunia, malah mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah dunia penyiaran.

Sindirian Chris terhadap keadaan fizikal Jada dikatakan menyerupai watak G.I Jane yang dilakonkan oleh aktres Demi Moore pada tahun 1997.

Keadaan rambut Jada yang nipis dikaitkan dengan watak anggota tentera wanita walhal Jada sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang dipanggil alopecia areata.

Apakah sebenarnya keadaan yang dialami Jada? Menurut NDTV aktres itu pernah berkongsi mengenai alopecia areata. 

Jada yang juga seorang pelakon siri TV 21 Jump Street mengalami penyakit itu dan mendedahkan diagnosisnya secara terbuka pada 2018.

Menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, alopecia areata adalah sejenis penyakit autoimun.

Bagi penyakit autoimun, sistem imun individu terbabit menyerang bahagian badan sendiri. Bagi penghidap alopecia areata, sistem imun menyerang folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut.

Keadaan itu biasanya menjejaskan keadaan kepala dan muka.

Rambut biasanya gugur dalam tompok bulat kecil. Namun dalam beberapa kes, keguguran meliputi permukaan kepala yang lebih luas. Kebanyakan penghidap penyakit itu sihat dan tidak mempunyai simptom lain.

Jada sebelum alopecia areata menyerang foliket rambutnya.

JENIS ALOPECIA AREATA

Apakah yang menyebabkan keadaan tersebut? Alopecia areata terjadi apabila sistem imun menyerang folikel rambut dan menyebabkan keradangan. Penyelidik tidak memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan serangan imun pada folikel rambut, tetapi mereka percaya bahawa kedua-dua faktor genetik dan persekitaran (bukan genetik) memainkan peranan.

Alopecia areata diklasifikasikan kepada tiga jenis seperti berikut:

Bertompok: Dalam jenis yang paling biasa, keguguran rambut berlaku pada satu atau lebih tompok bersaiz syiling pada kulit kepala atau bahagian lain badan.

Totalis: Penghidapnya kehilangan hampir keseluruhan atau semua rambut.

Universalis: Ini adalah jenis yang sangat jarang berlaku iaitu di mana terdapat keguguran rambut yang lengkap pada kulit kepala, muka dan seluruh badan.

RAMBUT GUGUR SEMASA MANDI

Pelakon itu mula mendedahkan tentang keadaannya secara terbuka pada siri Red Table Talk pada 2018.

Pelakon berusia 50 tahun itu berkata alopecia areata yang dialaminya "menakutkan" untuk ditangani. Lebih-lebih lagi rambut merupakan mahkota kecantikan seorang wanita.

Jada mendedahkan pada peringkat awal dia menemui sejumlah besar rambut ketika mandi.

Dia kemudian memutuskan untuk memotong rambutnya. Pelakon itu tampil dengan gaya rambutnya yang dicukur pada Julai 2021.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca