Kaki tidur? Ini peluang unik dapat ganjaran RM1,500 hanya dengan lelapkan mata

Iklan
tidur (4)

SECARA purata setiap individu akan menghabiskan masa 26 tahun sepanjang hidup untuk tidur. Ini berdasarkan perkiraan purata jangka hayat manusia iaitu 79 tahun atau 28,835 hari.

Tidur mungkin kelihatan seperti satu aktiviti di mana tubuh sedang berehat tanpa melakukan apa-apa. Tetapi sebenarnya, ketika tidur badan kita sedang menjalani proses pemulihan.

Iklan
Iklan

Baca juga: Ketahui manfaat tidur sementara pada waktu tengah hari

Iklan

Selain dari mengembalikan tenaga, terdapat banyak lagi kebaikan tidur yang membantu memulihkan tubuh badan.

Iklan

Tidur berperanan membantu penumbuhan dan pemulihan tisu, meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi, membantu kesihatan tulang, mengurangkan beban terhadap jantung dan membantu mengawal emosi dengan baik.

KESAN KURANG TIDUR

Tidur yang tidak mencukupi cenderung memberikan kesan sampingan dan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan jangka panjang seperti berikut:

• Rasa letih dan lesu yang berlebihan

• Sakit kepala pada waktu pagi

• Daya ingatan lemah dan susah untuk fokus

• Kebimbangan dan kemurungan

• Masalah kesihatan kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung

• Meningkatkan risiko kebergantungan terhadap alkohol dan dadah

• Risiko kemalangan jalan raya atau tempat kerja

• Masalah perhubungan

Bagi anda yang ‘kaki tidur’, ini peluang untuk mendapat ganjaran dengan melakukan aktiviti merehatkan ini.

Anda akan dibayar untuk tidur sahaja, ia jarang terjadi dan cukup unik!

Difahamkan kajian yang dijalankan adalah untuk menilai tahap dan kualiti tidur di dalam bilik berhawa dingin inverter dan bilik berhawa dingin bukan inverter pada suhu 27°C selama tujuh hingga lapan jam (pada waktu malam).

Mereka juga perlu berkeupayaan menjalani kajian tersebut di Subang.

Anda yang berminat perlulah sihat dan tidak mengalami masalah tidur. Mereka yang didiagnosis dengan penyakit kronik atau gangguan tidur seperti insomnia, restless leg sindrome, narcolepsy atau sleep apnea tidak layak untuk mendaftar dalam kajian ini.

Menarik bukan? Jadi bagi yang berminat dan memenuhi syarat bolehlah cuba menyertainya.

Baca juga: Seram! Mangsa dirakam ketika mandi dan tidur. Penghendap jadikan loteng rumah sebagai tempat persembunyian

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI