Ketahui manfaat tidur sementara pada waktu tengah hari

A
A
A

SETELAH hampir seharian bekerja pasti badan akan berasa letih sehingga menyebabkan daya tumpuan semakin berkurangan. 

Sememangnya tidak seronok untuk bekerja dengan badan yang lesu kerana ia akan menganggu produktiviti kerja. 

Justeru, bagi mengatasi masalah lesu amat digalakkan untuk tidur sementara pada waktu tengah hari.

Ketahui lima manfaat tidur sementara pada waktu tengah hari terhadap mental dan fizikal.

1. Daya kepekaan meningkat

National Sleep Foundation ada mengesyorkan untuk tidur selama 40 minit pada waktu tengah hari untuk meningkatkan daya kepekaan. 

Manfaat tidur dalam tempoh itu akan meningkatkan sebanyak 34 peratus prestasi dan 100 peratus daya kepekaan. 

Baca juga: Cahaya Mampu Mempengaruhi Waktu Tidur Kita. Berikut Penjelasannya

2. Mengubati insomnia 

Insomnia merupakan satu penyakit yang bagi mereka yang tidak boleh tidur pada waktu malam. Ia dapat diatasi dengan mempraktikkan tidur selama 15 minit pada waktu itu. 

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung 

Tidur pada waktu siang dapat mengawal tekanan darah dan terdapat satu kajian menyatakan bahawa amalan tidur siang dapat mengurangkan sebanyak 37 peratus kematian koronari yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Meningkatkan daya ingatan

Untuk meningkatkan daya ingatan, amalan tidur selama 45 minit perlu dipraktikkan. Terdapat suatu kajian menjelaskan bahawa daya ingatan meningkat disebabkan oleh gelombang pendek waktu tidur.

5. Dapat menenangkan otak

Mengamalkan amalan tidur selama 90 minit dapat memberikan ketenangan kepada otak. Otak merupakan organ yang tidak pernah berhenti bekerja, sekiranya begitu banyak tekanan yang diberikan kepada otak ia boleh mengakibatkan berlakunya gangguan pada sistem saraf.

Sumber: In Life Health Care, Islam itu indah

Baca juga: Sukar Lena Kembali Setelah Terjaga Waktu Tidur, 7 Cara Ini Boleh Membantu

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca