Pesakit di wad boleh ada penjaga, pelawat mulai Sabtu ini. 10 syarat ditetapkan KKM

Iklan
hospital penjaga pelawat pesakit

SETELAH lebih dua tahun bergelumang virus berbahaya Covid-19, kini pelbagai kelonggaran standard operating procedure (SOP) diberikan kerajaan.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM semasa fasa peralihan ke endemik itu, bagaimanapun adalah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.

Berikut kriteria-kriteria yang ditetapkan KKM;

Iklan

1. Pelawat dan penjaga mestilah berusia 12 tahun ke atas, telah lengkap vaksinasi Covid-19 dan tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19.

2. Penjaga kepada kategori pesakit tertentu, perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital, tarikh dan masa ujian dijalankan perlu dinyatakan berserta gambar sebagai bukti.

Iklan

4. Penjaga dan pelawat juga perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 serta mematuhi standard operasi prosedur (SOP) dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.

5. Kriteria khusus untuk lawatan dan jagaan pesakit bukan Covid-19 termasuk menemani ibu bersalin, individu itu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif.

Baca juga Kes lelaki ‘siku’ pasangan atas motosikal bakal disiasat, warganet nasihat wanita tinggalkan suami baran

7. Hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan bagi pesakit bukan Covid-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan.

8. Bagi lawatan dan jagaan pesakit Covid-19, kehadiran penjaga hanya dibenarkan bagi pesakit yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja.

Baca juga 7 petua jaga pesakit yang baru keluar wad. Ini tanda-tanda 'tak baik' yang perlu diawasi

9. Bagi tujuan tersebut, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif dan ujian perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.

Namun, KKM turut memaklumkan dalam keadaan tertentu apabila risiko penularan Covid-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak Covid-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Alhamdulilah, sekurang-kurangnya dengan kelonggaran yang diberikan ini dapat memberi kelegaan untuk anak menjaga ibu bapa yang sakit di wad.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI