SUDAH menjadi kebiasaan rendang, lemang dan nasi himpit menjadi juadah utama yang akan dihidangkan pada hari raya kelak.
Resipi hidangan sampingan yang ingin SinarPlus kongsikan adalah tauhu begedil.
Sedapnya tauhu begedil, dimakan pula bersama sambal kicap. Pergh… memang menggiurkan sungguh.
Terima kasih kepada pengguna Facebook, Aishah Yasin kerana berkongsi resipi yang mudah dan lazat.
Berikut bahan-bahan dan cara memasak:
Bahan-bahan
Bahan tauhu begedil
- Tauhu kering
- 1.5kg kentang
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang Holland
- 4 keping daging burger
- Daun sup
- Cili padi (pilihan)
- Minyak masak
- 3 biji telur
- Garam
- Lada sulah
- Lada hitam
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara memasak
Baca juga: Martabak mi segera wajib dicuba memang menjilat jari
- Tebuk X pada permukaan tauhu kering dan keluarkan isi yang ada di dalamnya dan ketepikan dahulu.
- Rebus kentang sehingga masak kemudian lenyek bersama sedikit garam dan lada sulah.
- Cincang bawang putih, bawang holland dan hiris halus daun sup.
- Seterusnya tumis bawang bersama sedikit minyak kemudian masukkan daging burger yang telah dilenyek dan masak sehingga garing.
- Perasakan daging burger itu dengan garam, lada hitam, lada sudah dan daun bawang kemudian, kacau sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan daging dan isi tauhu kering ke dalam mangkuk kentang yang telah dilenyekkan dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan inti ke dalam tauhu yang telah diguntingkan tadi sehingga padat.
- Celup tahu ke dalam telur dan goreng dalam minyak panas sehingga warna bertukar menjadi keemasan kemudian, angkat dan toskan minyak. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan sambal kicap
- Cili kering yang telah dikisar (kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing)
- 2 sudu gula
- Garam
- Kicap
- Sos tiram
- ½ sudu besar tepung gandum
- ½ cawan air
- Minyak
- Cili hijau (pilihan)
Cara memasak
- Tumis cili sehingga pecah minyak dan masukkan gula, sos tiram dan kicap secukupnya.
- Kemudian, bancuh tepung gandum bersama ½ cawan air dan masukkan ke dalam kuali.
- Masak sehingga mendidih dan sekiranya sambal kelihatan terlalu pekat, tambahkan sedikit air dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Mudahkan resipi tauhu begedil ini? Selamat mencuba!
Baca juga: Nasi beriani resipi original dari jiran asal Pakistan, juadah enak di hari raya
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI