SEBUT sahaja pasal martabak pasti yang terlintas di fikiran hanya murtabak daging dan ayam yang dijual di bazar. 

Kalau martabak itu dah biasa dimakan macam mana pula dengan murtabak mi segera? 

Haa… kalau belum pernah cuba, SinarPlus ingin berkongsi satu resipi martabak mi segera yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Laila Rahman di dalam entri beliau. 

Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Berikut bahan-bahan dan cara memasak:

Baca juga: Selalunya Hijau Kali Ini Biru, Tepung Pelita Bunga Telang Sungguh Menggiurkan

Bahan-bahan

  • 3 paket mi segera
  • 4 keping daging burger
  • Sosej atau nuget ayam (pilihan)
  • 1 biji lada benggala
  • 1 biji bawang Holland saiz besar
  • 5 biji telur
  • 3 paket perencah mi segera
  • Minyak masak

Cara memasak

  1. Potong dadu kepingan daging burger, sosej, lada benggala dan bawang Holland.
  2. Kemudian, rebus mi segera sehingga masak tetapi pastikan tidak terlalu lembut. 
  3. Pecahkan telur dan masukkan perencah mi segera kemudian, kacau sehingga sebati. 
  4. Seterusnya, campurkan kesemua bahan ke dalam bancuhan telur dan gaul sehingga sebati. 
  5. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak kemudian, masukkan adunan martabak itu ke dalam kuali dan tekan sehingga padat. 
  6. Masak kedua-dua bahagian sehingga menjadi warna keperang-perangan. Siap dan sedia untuk dihidangkan. 

Sangat mudah kan resipi murtabak mi segera ini. 

Tak perlu susah-susah nak cari di bazar, buat sendiri sudah tentu sedap. 

Iklan

Selamat mencuba!

Baca juga: Paru Goreng Berlado Memang Terangkat Habis

Baca juga: Jangan ‘Derhaka’ Pada Resipi, Mi Sup Daging Pasti Digemari

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI