MEDIA sosial menjadi saksi banyak pasangan berkongsi momen beraya buat pertama kalinya dengan kelahiran insan yang bergelar anak.
Sudah pasti Syawal pada kali ini lebih bermakna dan pasangan ini tentu tidak sabar untuk memperkenalkan bayi kepada sanak saudara dan sahabat handai.
Melihat telatah si comel, siapa saja yang tidak geram kan?
Sebagai ibu bapa harus peka terhadap kesihatan anak-anak terutamanya bayi yang baru saja lahir.
Usah biarkan tetamu yang hadir menyentuh bayi atau menyuap bayi dengan makanan sesuka hati tanpa keizinan.
Larangan untuk tetamu mendekati bayi bukan bermakna kedekut atau sombong tetapi untuk kebaikan si comel.
Sebagai ibu bapa sudah tentu hati sungguh sakit apabila melihat anak sedang sakit disebabkan oleh sikap semberono orang lain.
Amalkan tujuh tip ini untuk kesejahteraan si kecil pada musim perayaan;
1. Hindari daripada mendekati orang yang sedang sakit seperti demam, batuk dan selesema.
2. Pastikan tangan dicuci selalu sebelum memegang bayi.
3. Elakkan orang ramai daripada memegang muka anak-anak.
4. Bersihkan sebarang permukaan yang berkemungkinan tercemar seperti tombol pintu.
5. Jangan benarkan orang ramai memegang atau berkongsi makanan dan permainan dengan bayi.
6. Jangan benarkan orang ramai mencium si kecil.
7. Pastikan individu yang merokok tidak mendekati si bayi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Bellybelly dan Fox4kc
Baca juga: #SiBibirMerah 6 makanan ibu hamil wajib elak ketika hari raya
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI