[VIDEO] Anak keempat baru setahun tapi dah mengandung 9 bulan, wanita Indonesia ini tak makan pil perancang, ini risiko hamil 'dekat-dekat'

Iklan
Wanita hamil

PIL perancang bukanlah hanya digunakan bagi mereka yang baru berkahwin yang masih merancang untuk kehadiran ‘orang ketiga’ dalam kehidupan namun, ia juga digunakan untuk menjarakkan kehamilan. 

Iklan
Iklan

Kisah yang dikongsikan oleh pengamal perubatan di sebuah kampung di Indonesia menerusi laman sosial, TikTok @bunga piani yang mengatakan bahawa ada seorang ibu muda yang berusia 25 tahun sedang sarat mengandung anak kelima. 

Iklan

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita berkenaan memberitahu bahawa anak keempatnya baru berusia setahun dan itu bermakna dia disahkan hamil lagi sewaktu anaknya berusia tiga bulan. 

Sungguh mengejutkan, apabila ditanya mengapa tidak mengambil pil perancang kehamilan kerana ibu mentua tidak memberi keizinan untuk mengambil pil itu kerana jika makan pil itu tidak kelihatan cantik lagi. 

Iklan

Turut dijelaskan bahawa keturunan ibu mentua tidak ada yang mengambil pil perancang kehamilan. 

Sedar atau tidak sebenarnya mengandung dengan jarak kehamilan yang sungguh dekat ini mendatangkan bahaya kepada tubuh badan bahkan juga anak yang dikandung. 

Berikut lapan risiko mengandung dengan jarak kehamilan yang hampir, ini yang perlu ibu-ibu ketahui:

1. Anemia

Kebiasaannya wanita yang bersalin normal akan kehilangan darah sebanyak 200 hingga 400 ml. Badan memerlukan masa untuk menghasilkan kembali pembentukan sel darah merah dan ini mengambil masa selama 90 hingga 120 hari untuk dihasilkan. 

Justeru, kehamilan yang rapat akan mendatangkan risiko kepada ibu kerana golongan ini memerlukan darah yang cukup sewaktu hamil.

2. Rahim jatuh

Kesan daripada hamil dengan jarak yang dekat akan menyebabkan rahim jatuh. Antara faktor ia berlaku disebabkan berat bayi, trauma ketika melahirkan bayi, kelahiran paksa sehingga menyebabkan otot dibahagian perut menjadi lemah.

3. Rahim pecah

Ini yang paling digeruni, kebanyakan kes rahim pecah berlaku kepada ibu yang melahirkan secara pembedahan. Tempoh pemulihan rahim untuk membaik memerlukan masa yang lebih lama dan adalah berbahaya jika ibu kembali hamil sebelum rahim benar-benar pulih akan mendatangkan risiko untuk rahim pecah.

Baca juga: Setiap warna ada maksud, ini yang ibu mengandung kena faham stiker pada buku pink

4. Kelahiran pramatang 

Disebabkan rahim masih lemah dan kembali mengandung akan menyebabkan beban rahim bertambah. Oleh itu, bayi yang dikandung berisiko untuk lahir tidak cukup bulan.

5. Bayi kurang berat badan

Rentetan daripada masalah ibu yang menghidapi masalah anemia ketika kehamilan, ia akan menyebabkan bayi kekurangan nutrisi semasa berada di dalam rahim ibu maka, bayi yang akan mengalami masalah kekurangan berat badan.

6. Isteri mengalami masalah tekanan mental dan fizikal

Disebabkan oleh sikap suami yang mementingkan diri hanya kerana menginginkan anak yang ramai tanpa memikirkan nasib sang isteri yang mengandungkan anaknya. 

Isteri berisiko untuk mengalami masalah kemurungan kerana tidak mudah untuk menjaga anak-anak kecil dengan adanya pula bayi di dalam kandungan.

7. Autism

Jarak kehamilan yang dekat akan memberi risiko kepada bayi untuk mendapatkan penyakit autism. Hal itu kerana, perkembangan di dalam rahim ibu akan terbantut sekiranya bayi tidak mendapatkan nutrisi yang mencukupi.

8. Anak kurang mendapat perhatian

Kehamilan yang dekat akan menyebabkan anak-anak yang dilahirkan tidak mendapat perhatian yang cukup. Mana tidaknya, anak baru berusia setahun jagung dah terpaksa beralih memberi perhatian yang lebih kepada bayi yang baru dilahirkan. 

Semoga informasi ini memberi manfaat!

Sumber: theAsianParent 

Baca juga: #SiBibirMerah 6 makanan ibu hamil wajib elak ketika hari raya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI