[VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas

Iklan
ayah melambai

BENARLAH bahagia itu sederhana, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan tentang video yang tular di laman sosial, TikTok baru-baru ini.

Rakaman berkenaan menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berada di atas jejantas tol plaza untuk melambai ayahnya yang memandu sebuah lori treler milik askar.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak itu kelihatan begitu teruja saat ayahnya membunyikan hon dengan alunan lagu baby shark sehinggakan kanak-kanak itu terjatuh.

Iklan

Rakaman yang berdurasi 30 saat itu telah mendapat sebanyak 1.8 juta tontonan dan 225.9k tanda suka dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu ia dimuat naik.

Iklan

Rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak melihat momen bahagia keluarga ini.

"Sis dan anak dah buat saya menangis, tak tahu kenapa sebak sedih.”

"Kita pula yang menangis. Besar maksud hon lagu baby shark tu.”

"Ala kenapa pulak mata berair tengok ni… adik ni happy je… Aunty pula yang excited tengok awak jerit dik.”

Membahagiakan keluarga bukanlah hanya memberi hadiah semata-mata tetapi tindakan kecil juga mampu membuat mereka tersenyum gembira.

Berikut adalah lima tip yang boleh dilakukan untuk membahagiakan dan menghargai keluarga, ini yang perlu diketahui:

1. Rancang percutian

Setelah sibuk dengan pekerjaan, alangkah lebih baik ‘beli jiwa’ anak-anak dengan membawa mereka bercuti. Menerusi percutian keluarga ini dapatlah meluangkan masa serta melakukan sebarang aktiviti yang diingini bersama tanpa sebarang gangguan.

Sekiranya tidak berpeluang untuk membawa ahli keluarga bercuti ke pusat peranginan, rancanglah hujung minggu dengan melakukan aktiviti seperti ke muzium, zoo dan menonton wayang bersama.

Baca juga: [VIDEO] Bahaya, lelaki cuba ceroboh masuk kereta, mujur wanita ini sempat kunci pintu

2. Meluangkan masa bersama

Hujung minggu dan waktu malam boleh dikatakan sebagai masa untuk bersama keluarga kerana pada waktu ini masing-masing bebas dari sebagai komitmen pekerjaan.

Alangkah baik sekiranya gunakan waktu terluang ini untuk menonton televisyen bersama keluarga, berbual bersama, melakukan aktiviti kekeluargaan seperti menyediakan makan malam bersama serta bermain dengan anak-anak.

Aktiviti seperti ini baik untuk tumberasan anak-anak kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak kesunyian dan rasa disayangi.

3. Lakukan sesuatu yang istimewa

Sudah menjadi kebiasaan acara istimewa dilakukan ketika meraikan hari-hari bermakna keluarga sahaja seperti hari ulang tahun ataupun hari ulang tahun perkahwinan.

Melakukan sesuatu yang istimewa tidak seharusnya menunggu hari-hari tersebut tetapi boleh juga mencipta satu tradisi yang boleh dilakukan pada setiap minggu.

4. Melalui kata-kata

Tidak salah meluahkan rasa sayang dengan memberikan hadiah tetapi meluahkan melalui kata-kata adalah jauh lebih bermakna.

Biasakan meluahkan rasa sayang menerusi kata-kata kerana itu adalah cara paling mudah untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada ahli keluarga.

5. Mendalami minat seseorang

Perhatikan atau bertanya terus kepada mereka tentang minat dan cuba untuk meluangkan masa dengan melakukan aktiviti yang digemari itu.

Mendalami dan cuba untuk meminati minat seseorang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi apabila usaha untuk mencuba mempelajari minat tersebut akan mendatangkan satu rasa dihargai.

Sumber: Big Family Organised Chaos

Baca juga: Tuntutan waris RM300 bilion, berikut ketokohan Datuk Bentara Luar Johor, Muhamad Salleh Perang

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI