BARU-baru ini tular di laman sosial berkenaan tuntutan waris aristokrat Johor iaitu Datuk Bentara Luar, Datuk Muhamad Salleh bin Perang yang membabitkan jumlah bernilai lebih RM300 bilion.

Ia susulan terdapat beberapa aset tokoh berkenaan di beberapa daerah di Johor dan sehingga kini masih belum dipindah milik kepada waris yang berhak.

Baca juga: Jutawan ‘low profile’ miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah Kuala Lumpur

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mengetahui lanjut tokoh hebat yang dikatakan mendahului zamannya ini.

Datuk Bentara Luar iaitu Datuk Muhamad Salleh bin Perang (1841 – 1915) adalah salah seorang tokoh pemimpin Johor yang dikaitkan bukan sahaja dari segi kepimpinannya tetapi dalam aspek pensejarahan Johor moden.

Kedudukan beliau sebagai salah seorang yang terpenting dalam Kerajaan Johor digambarkan melalui gelaran yang dianugerahkan kepada beliau, iaitu Dato’ Bentara Luar.

Bandar Batu Pahat kini muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor.

Ketokohannya dalam aspek sejarah Johor moden adalah bersandarkan fakta sejarah bahawa beliau merupakan seorang pembesar atasan yang berkhidmat di bawah tiga orang pemerintah Johor pada abad ke-19 dan ke-20, iaitu Dato’ Temenggung Daeng Ibrahim (1841 – 1862), Temenggung/Maharaja/Sultan Abu Bakar (1862 – 1895) dan Sultan Ibrahim (1895 – 1959).

Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, beliau telah dianugerahkan bintang kebesaran iaitu Seri Paduka Mahkota Johor yang membawa kepada pengiktirafan beliau sebagai Datuk dan gelaran Datuk Bentara Luar.

Anugerah kebesaran tersebut merupakan pengiktirafan untuknya berdasarkan sumbangan beliau dalam aspek pembangunan Johor secara keseluruhannya.

Aspek pembangunan ini merujuk kepada pembukaan kawasan penanaman gambir dan lada hitam serta pembukaan dan pentadbiran bandar-bandar baharu di Muar dan di Batu Pahat.

Lada hitam antara tanaman yang menjadi komoditi penduduk Batu Pahat

Oleh hal yang demikian, para sejarawan menempatkan beliau sebagai seorang tokoh yang penting dalam sejarah pembangunan negeri tersebut.

Menurut catatan Persatuan Bangsa Johor, pemimpin hebat itu memulakan usaha bagi membangunkan dan membuka Batu Pahat yang dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur.

Ia merupakan petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Beliau jugadikatakan sebagai bapa pembangunan bagi negeri Johor berdasarkan usaha-usaha yang dilakukan.

Pada tahun 1893, baharulah Datuk Bentara Luar berjaya memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Pada 4 November 1893, Datuk Muhamad Salleh yang pada masa itu di Kampung Senangar dipanggil ke Johor Bahru.

Pada 11 November 1893 Sultan Abu Bakar bertitah kepada beliau untuk membuka Batu Pahat.

Datuk Bentara Luar amat mementingkan tanggungjawab beliau dalam memajukan Batu Pahat iaitu dengan menyediakan kemudahan jalan.

Pembukaan rasmi Batu Pahat telah dilakukan pada 1 Januari 1894 oleh Datuk Muhamad Salleh bin Perang sendiri dan telah dihadiri oleh orang-orang kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan.

Baca juga: Jadi jutawan segera selepas jumpa ‘harta karun’ di dalam beg lama dekat loteng rumah. Bertuah sungguh!

Gambar lama Batu Pahat (Kredit foto: Facebook Saya Orang Johor)

Pejabat-pejabat kerajaan juga telah diwujudkan dan disusun dengan teratur. Sistem pentadbiran moden digantikan dengan sistem tradisional dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu.

Batu Pahat mula berkembang maju di mana Datuk Muhamad Salleh yang menjadi wakil raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan dan telah memainkan peranan yang amat aktif.

Kredit foto: Facebook Saya Orang Johor

Orang-orang kampung digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama, pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat.

Iklan

Kebolehan Datuk Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah itu.

Baca juga: 72 tahun tragedi Bukit Kepong, imbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis

Gambar lama Batu Pahat (Kredit foto: Facebook Saya Orang Johor)

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Datuk Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21 hingga 24 Disember 1896.

Zaman Datuk Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikannya.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi besar pada masa hadapan.

Menurut catatan A Rahman Tang, Universiti Malaysia, Sabah, Datuk Mohammed Salleh sejak kecil lagi gigih dalam pembelajaran ilmu agama dan duniawi meskipun dihimpit kemiskinan dan kesulitan hidup.

Bermula dengan pendidikan asas, tokoh itu diterima menjawat jawatan guru bahasa Melayu dan seterusnya berkhidmat sebagai kerani dalam pentadbiran Temenggung Ibrahim.

Iklan

Namun begitu, beliau terus meluaskan pengetahuan dan mencari pengalaman baharu dengan mempelajari bahasa dan tulisan Cina.

Hal ini merupakan suatu perkara yang istimewa dan menunjukkan bahawa beliau berpandangan jauh kerana hal ini jarang-jarang dilakukan oleh orang Melayu pada ketika itu.

Moga kesungguhan dan kecekalan tokoh ini memajukan diri walaupun berdepan kepayahan menjadi inspirasi buat kita semua.

Baca juga: Harta pusaka seringkali menjadi pendebatan waris si mati, berikut inti pati kita wajib tahu

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI