SEMALAM tular satu video di laman sosial TikTok yang memaparkan sosok tubuh seorang lelaki yang cuba masuk ke dalam kenderaan seorang wanita.

Video yang dimuat naik oleh @Emma Zack itu telah mendapat 2.1 juta tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam.

@emmazack521 #fypシ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Rakaman berkenaan menunjukkan lelaki itu cuba membuka pintu tempat duduk pemandu namun gagal kerana dikunci oleh wanita terbabit.

Perkongsian video berkenaan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

“The reason why rasa nak tinted tingkap kereta gelap.”

“Sebab itu kalau suami pergi ke mana-mana, tinggal seorang dalam kereta memang saya kunci dari dalam. Takut jadi seperti ini.”

“Lepas ni kalau jadi macam ni, tekan hon lama-lama.”

Baca juga: “Fadzli anak yang baik”- pekerja terlelap syif malam, penjelasan Pak Cik Shell buat netizen tersentuh

Kes seperti ini sering berlaku kepada para wanita sewaktu keluar bersendirian mahupun keluar secara berkumpulan.

Berikut adalah tip yang boleh digunakan oleh wanita yang sering keluar bersendirian.

1. Keluar pada waktu yang sesuai


Bagi wanita yang ingin keluar bersendirian, elakkan keluar pada waktu yang tidak ramai orang keluar terutamanya keluar pada awal pagi dan tengah malam.

Pada waktu ini, persekitaran masih lagi sunyi dan akan mendatangkan masalah sekiranya berdepan masalah sedemikian kerana sukar mendapat pertolongan pada waktu sebegini.

Tambahan pula, kes jenayah sering berlaku di persekitaran yang tidak ramai orang.

2. Langkah dengan yakin


Wanita yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi seperti berjalan dengan yakin dan berani akan mengubah tanggapan penjenayah untuk menyerang manakala wanita yang berjalan dengan berpeluk tubuh serta kelihatan takut akan menjadi mangsa yang mudah untuk diserang.

3. Sentiasa peka terhadap situasi sekeliling
Kebanyakan wanita diserang dari sudut yang tidak dijangka seperti diserang dari belakang atau di sudut yang membolehkan penjenayah menyembunyikan diri sebelum mulai menyerang.

Oleh itu, adalah amat penting untuk para wanita peka dengan keadaan sekeliling.

4. Elakkan penggunaan telefon bimbit sewaktu berjalan


Sikap berjalan sambil memerhati paparan telefon bimbit akan menyebabkan penjenayah menyerang dengan mudah. Hal ini kerana, daya tumpuan telah beralih kepada telefon bimbit bukannya lagi pada sekeliling.

5. Elakkan meletakkan kereta terlalu jauh

Iklan


Bagi wanita yang pergi bekerja atau ke pusat membeli-belah, adalah lebih baik untuk meletakkan kenderaan berhampiran dengan pintu masuk bangunan. Hal ini perlu dititik beratkan kerana ia penting sebagai salah satu langkah pencegahan daripada diserang penjenayah.

6. Jalan melawan arus


Sekiranya wanita ingin berjalan kaki menuju ke sesuatu tempat, adalah lebih baik untuk berjalan menghadap jalan yang berlawanan arah. Perkara ini perlu diaplikasikan untuk mengelakkan daripada ditarik masuk ke dalam sesebuah kenderaan dengan mudah.

7. Jangan benarkan orang yang tidak dikenali menghampiri ruang persendirian


Pastikan jarak antara orang yang tidak dikenali melebihi satu depa dan tampil yakin dan berani sewaktu didekati.

8. Gunakan lampu suruh ketika berjalan berseorangan pada waktu malam
Elakkan berjalan bersendirian pada waktu malam tanpa membawa apa-apa peralatan yang mampu digunakan untuk menerangi kawasan yang gelap.

Di samping itu, ia juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menyelamatkan diri apabila diserang penjahat.

Iklan

9. Sediakan alat pemedih mata atau apa-apa yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri
Menurut undang-undang di Malaysia, penggunaan alat pemedih mata seperti penyembur lada dibenarkan digunakan sebagai alat pertahanan diri.

10. Elak memakai perhiasan emas


Penjenayah akan mudah tertarik dengan sosok tubuh seseorang yang memakai barang perhiasan seperti barang kemas dan berlian.

Sumber: PepperBunkers

Baca juga: Tidak perlu banggakan, biar anak 10 tahun pandu kenderaan, ibu bapa boleh dipenjara

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI