[VIDEO] Nikahi lelaki ‘tua’ 18 tahun, kalau dah jodoh tak ke mana

Iklan
Kahwin tua

CINTA tak mengenal usia, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan dengan video yang tular baru-baru ini. Rakaman terbabit memaparkan seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki yang jarak umurnya berbeza 18 tahun.

Menerusi perkongsian di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh @its_mayso, menjelaskan bahawa lelaki berkenaan telah dia tolak beberapa kali kerana perbezaan umur yang begitu jauh.

Iklan
Iklan

"3 tahun perkenalan, akhirnya kami bersatu sebagai suami isteri yang sah,” ujar wanita berkenaan.

Iklan

Walau bagaimanapun, wanita itu berkata lagi, sekiranya dia keluar bersama pasangannya itu pasti ada yang perli sama ada wanita berkenaan keluar sama ayahnya.

Iklan

Rakaman berdurasi 17 saat itu telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan dan 96.6 ribu tanda suka.

Rata-rata warga net meninggalkan komen supaya jangan mengendahkan kata-kata orang lain.

"Orang suka perli-perli ni kadang-kadang kesian… sebab tak boleh nak bezakan ini semua ketentuan ALLAH dah tertulis dari lahir sampai matinya kita… Semoga sampai Syurga untuk awak.”

"Berumur bukan suami orang, it’s okay.”

"Tak kisahlah beza umur 100 tahun pun, janji bukan rampas laki orang.”

"Akak relax je, suami akak hensem, chill je. Asalkan bahagia, tak salah jarak umur.”

Siapa kita untuk menidakkan ketentuan ALLAH SWT, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua telah diatur oleh yang Maha Esa.

Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

Pernikahan dengan seseorang yang jarak umurnya begitu berbeza tidak bukanlah satu kesalahan malah di dalam Islam juga tidak pernah menyebut atau melarang menikahi seseorang yang umurnya begitu berbeza.

Berikut kriteria yang sesuai dijadikan peneman hidup, ini yang perlu diketahui:

1. Taat perintah ALLAH

Seseorang yang patuh akan segala suruhan dan larangan yang telah diperintahkan oleh ALLAH, nescaya dia merupakan pasangan yang baik akhlaknya. Bahkan jika dia menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup maka, segala kesulitan dalam perkahwinan akan diselesaikan dengan baik.

2. Menjalankan sunnah Rasulullah SAW

Menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam hidupnya dan mengamalkan amalan yang baginda lakukan hanyalah sebagai amal tambahan untuk meningkatkan keimanan kepada ALLAH SWT.

3. Berakhlak mulia

Mempunyai akhlak yang baik sangat penting dalam kehidupan berumah tangga kerana sekiranya terdapat salah faham antara pasangan, dapat diselesaikan dengan fikiran yang rasional dan cara yang baik.

4. Bersemangat dalam berdakwah

Konteks bersemangat berdakwah dalam mencari kriteria pasangan bukanlah seseorang yang ilmunya tinggi seperti para ulama tetapi, seseorang yang boleh menyampaikan dakwah-dakwah kecil kepada anak-anak.

Seumpamanya mendedahkan cara-cara solat atau apa sahaja berkaitan agama kepada anak-anak dan ahli keluarga.

5. Mempunyai keturunan yang baik

Mencari pasangan yang mempunyai keturunan yang baik bukanlah satu ukuran tetapi sebagai jaminan kehidupan bersama kelak.

6. Mempunyai kewangan yang kukuh

Penting untuk mencari pasangan yang pandai berdikari dan tahu untuk mencari wang menyara kehidupan. Kehidupan berumah tangga kelak memerlukan komitmen serta kewangan yang mencukupi.

7. Bertanggungjawab dan berjiwa pemimpin

Ketua keluarga hendaklah berjiwa pemimpin serta mempunyai sikap bertanggungjawab kerana hubungan kekeluargaan perlu mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas.

Sumber: Islam Pos

Baca juga: Cari jodoh di Twitter, isi Google Form, gadis enggan perkara diperbesarkan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI