IKAN di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua. Demikian pepatah Melayu yang menggambarkan soal jodoh.

Tiada siapa tahu, jodoh adalah rahsia ALLAH buat hamba-Nya. Namun kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.

Memang betul, jodoh itu telah ditentukan Tuhan. Namun tidak salah rasanya wanita berusaha mendapatkan pasangan daripada menunggu si dia muncul di depan mata.

Gambar hiasan

Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

Seperti seorang gadis dikenali sebagai Faye membantu rakannya untuk mencari jodoh buat rakannya di laman sosial Twitter.

Menurut Faye, rakannya sudah bersedia untuk menjadi isteri dan tidak kisah untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

“Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yang serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni,” titip faye.

Menerusi ciapan di Twitter, Faye turut memaklumkan kelebihan sahabatnya.

Kata Faye, rakannya itu seorang yang pandai memasak, bermain alat muzik dan rajin melancong.

Gadis itu malah dikatakan pandai menyanyi.

Menurut ciapan, bagi yang berhajat menjadi teman hidup rakannya, warga maya perlu mengisi borang dalam talian (Google Form) pada pautan yang disediakan.

Iklan

Terdahulu, difahamkan gadis itu menerima hampir 2,000 ‘permohonan’.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, menerusi Insta Story gadis berkenaan tidak mahu perkara itu menjadi tular.

Ia susulan terdapat pihak yang mengecam dan berkata kurang enak sehingga menyentuh perihal keluarga, rakan serta orang di sekeliling.

Iklan

Sumber:@fyruzzasyahira, syafiqahghazali

Baca juga: [VIDEO] Wanita 55 tahun akhirnya bertemu jodoh, adik sebak lihat kebahagiaan kakak

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI