EMPAT pelajar Malaysia bakal melanjutkan pelajaran ke akademi tentera Amerika Syarikat.
Ternyata anak muda kita bukan lagi jaguh kampung. Itu mungkin perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan keupayaan mereka bersaing untuk kemasukan ke akademi di sana.
Setiap tahun, beribu-ribu lelaki dan wanita muda dari seluruh dunia cuba mendapatkan tempat di beberapa akademi ketenteraan Amerika Syarikat.
Baca juga: Pegawai kadet TLDM lulus akademi laut berprestij AS, jadi kebanggaan rakyat Malaysia!
Antaranya ialah Akademi Tentera Amerika Syarikat, Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat.
Akademi Tentera Amerika Syarikat misalnya mempunyai kadar penerimaan 11 peratus. Antara syarat kemasukannya ialah kecemerlangan akademik, tahap kecergasan fizikal dan potensi kepimpinan.
Difahamkan sebanyak 69 negara dijemput menyenaraikan calon dengan matlamat 15 pelajar terpilih di setiap akademi perkhidmatan pada tahun ini.
Tahun ini, empat pelajar membanggakan Malaysia terpilih melanjutkan pelajaran ke sana.
Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein
[caption id="attachment_83762" width="1024"] Edlan, Qarin, Muhammad Danish dan Zarif menerima sijil pelantikan masing-masing di kedutaan Amerika Syarikat[/caption]
Menurut Kedutaan Amerika Syarikat, empat kadet yang terpilih ialah seperti berikut;
-Edlan Mikyad bin Ahmad Syamly (Akademi Tentera Amerika Syarikat)
-Qarin Loqman bin Safriza (Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat)
-Muhamad Danish lmran bin Zainudin(Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat)
-Zarif bin Mohd Zamrin, (Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat)
Qarin Loqman dan Muhamad Danish lmran merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja manakala Edlan Mikyad dan Zarif baharu sahaja menamatkan program asasi di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).
Sejak tahun 1971, 36 orang rakyat Malaysia telah menjadi graduan akademi ketenteraan Amerika Syarikat.
Semoga kisah empat pelajar Malaysia ini menjadi dorongan dan inspirasi buat anak muda lain memajukan diri dalam bidang yang diminati.
Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech
Kredit foto: US Embassy KL
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI