MENCAPAI keputusan yang cemerlang dalam pelajaran adalah pencapaian yang diidam-idamkan oleh semua yang bergelar pelajar.

Lebih membanggakan lagi apabila pencapaian cemerlang diukir di luar negara, ia membuktikan pelajar Malaysia juga setanding di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini pelajar Malaysia, Irdina Shahriman, 24, melakar kejayaan hebat apabila muncul berada di tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Berikut 10 info menarik kejayaan membanggakan yang diraih anak muda ini;

1. Irdina adalah pelajar Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional meraih Kelas Pertama (CGPA 4.0) Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik Pengkhususan Tenaga dan Sistem Kuasa Elektronik.

2. Anak muda dari Subang jaya, Selangor itu dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan iaitu anugerah yang diberikan kepada graduan senior dengan pencapaian akademik tertinggi.

Baca juga: Universiti Harvard antara berprestij dunia, terima enam pelajar Malaysia tahun ini

3. VT ialah universiti penyelidikan yang menduduki tempat ke-75 di AS dan antara 100 teratas dalam lapan mata pelajaran.

4. Irdina yang telah menamatkan pelajaran pada Disember lalu tersenarai dalam Senarai Dekan untuk semua semester dengan pencapaian akademik cemerlang GPA 4.0

5. Dia malah meraih ranking pertama di VT, kolej dan bidang pengkususan bagi tahun akademik 2019-2020 dan 2018-2019

6. Irdina bukan sahaja cemerlang akademik, malah turt aktif dalam aktiviti luar. pernah memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Pelajar Malaysia, Virginia Tech.

Iklan

Baca juga: Dahulu Ikut Abah Meniaga Pasar Malam, Kini Muncul Antara 10 Wanita Hebat Di ASEAN

7. Semasa di INTEC, Irdina pernah menggondol Anugerah Ketua Eksekutif (2017 & 2018).

8. Dia turut dinamakan sebagai penerima Anugerah CEO untuk pencapaian akademik cemerlang dengan PNGK 4.0 ketika menamatkan Program Ijazah Yayasan Amerika (39 jam kredit) dan  menjadi penerima Anugerah CEO dengan pencapaian PNGK 3.90 bagi Program Ijazah Pemindahan Amerika (40 jam kredit).

9. Selain bahasa Melayu dan Inggeris, dia turut mempunyai kemahiran asas dalam bahasa Jepun dan Cina.

Iklan

10. Difahamkan, setelah pulang ke Malaysia, Irdina kini sedang menunggu penempatan di Tenaga Nasional Berhad.

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI