PELAJAR cemerlang Malaysia di Princeton University, New Jersey, Ainil Asyikin binti Norazman mengukir kejayaan membanggakan negara apabila tercalon untuk berada dalam pertubuhan Sigma Xi yang merupakan sebuah pertubuhan profesional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai disiplin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa itu membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai selagi berusaha dan bekerja keras.

Ainil cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 9A+ meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila menerima anugerah The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research bagi kajiannya yang bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment”.

Menerusi penganugerahan itu, Ainil menerima wang tunai berjumlah USD$2,000 dan turut tercalon untuk berada dalam pertubuhan Sigma Xi.

Menerusi hantaran Facebook MARA USA, lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist).

Baca juga: Forbes nobat wanita Malaysia antara 20 CEO cemerlang Asia Pasifik

Iklan

“Kecemerlangan Ainil tidak bermula di sini, dia terdahulu penerima Anugerah Biasiswa Perdana yang melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico,” katanya.

Bangganya apabila mendengar pencapaian Ainil. Diharapkan kejayaan pelajar cemerlang Malaysia ini menjadi inspirasi buat anak muda yang lain.

Iklan

Baca juga: Ibu tunggal 10A SPM bangkit sambung belajar, tak sangka dapat biasiswa 

Jangan lupa follow kami di Instagram! Layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI