#SiBibirMerah: Kenaikan harga barang menghimpit, bawa bekal, masak sendiri di rumah

Iklan
bekalll (5)

KENAIKAN harga barangan terus menerus menjadi topik bualan akhir-akhir ini. Apa kata kita mula bawa bekal dan kerapkan memasak di rumah.

Bibir Merah perasan mulai bulan Jun ini harga barang keperluan asas di sekitar kawasan tempat tinggal mula naik. Kalau dulu nasi campur sebungkus RM5 hingga RM7, kini makin naik harganya.

Iklan
Iklan

Baca juga: 8 tip jimatkan wang belanja harian

Iklan

Itu tidak termasuk yuran tadika dan taska yang juga mula naik. Tidak dinafikan memang untuk menampung kos operasi, pihak tadika dan taska terpaksa menaikkan harga perkhidmatan.

Pendek kata semuanya naik harga menyebabkan 'lari bajet'. Harga barang akan semakin meningkat kerana faktor inflasi. Covid-19 selama dua tahun menyebabkan hiperinflasi berlaku.

Iklan

Ini baru Jun. Jika Julai dan seterusnya harga makin naik. Apa akan jadi dengan hidup dan kewangan kita? Bagaimana kita hendak hadapi isu ini? Mahu atau tidak tetap kena hadap juga kan?

Bawa bekal sekurang-kurang empat hari seminggu, sehari lagi bolehlah beli makanan dari luar sekiranya bosan.

Baca juga: Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat

Tertarik dengan tip dikongsikan sahabat Bibir Merah, M. Katanya tip senang bawa bekal ke tempat kerja ialah perlu persediaaan awal.

Pada cuti hujung minggu dia akan sediakan bahan yang diperlukan. Beli bahan mentah, siang, cuci dan pek di dalam sukatan sekali masak.

Waktu pagi, dia akan bangun pukul 5.00 pagi untuk memasak bekal untuk dia, anak-anak dan suami. Tiada kekalutan pada waktu pagi memandangkan bahan-bahan sudah disediakan lebih awal.

Untuk lauk pauk makan malam pula, M akan memasak pada hujung minggu untuk seminggu. Rambang mata Bibir Merah tengok gambar yang dimuat naik di Facebook, Ayam Masak Lemak Cili Api, Kari Ikan, Sup Daging, Ikan Goreng Kicap, Sambal Udang Petai dan banyak lagi. Nampak sedap belaka.

Semuanya dibekukan dan dipanaskan semula sebelum dihidang untuk keluarga. Jadi, bila balik kerja, tak terkejar-kejar masa, cuma masak nasi dan sayur-sayuran sahaja.

Apa yang diamalkan M menjimatkan masa dan mengurangkan perbelanjaan makan di luar. Kata M, sekali sekala dia akan makan atau ‘tapau’ juga di kedai, saja tukar angin sambil melayan selera anak-anak.

Mungkin kita sudah mula kena mula paksa diri untuk buat semua ini. Sementelah ‘air tangan’ ibu dan isteri pengikat kasih sayang.

[caption id="" width="1024"] Gambar hiasan[/caption]

Tidak perlu malu makan bekalan makanan di pejabat. Abaikan sindiran yang mungkin kedengaran. Ingat misi ekonomi kita, dahulukan keperluan, bukan kehendak.

Paling mustahak semua ahli keluarga perlu sekepala. Sabar walaupun penat dan cuba konsisten, insya-ALLAH akan ada hasilnya kepada kewangan keluarga.

SiBibirMerah: Masakan ibu walaupun hanya sekadar ‘campak-campak’, sedapnya tidak terkata. Dulu masa sekolah bangga bawa bekal ibu masak, cuma jangan tertinggal Tupperware sudahlah!

Baca juga: Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI