KADANG buntu ke mana ‘hilangnya’ wang simpanan dan cash yang ada di tangan. Jadi sudah semestinya panduan berkaitan dan ilmu diperlukan dalam hal ini.

Tidaklah ‘asyik bocor’ saja poket dibuatnya. Lazimnya jika sudah biasa berberbelanja, kita tak sedar berapa banyak pun wang sudah ‘dilaburkan’. Tahu-tahu hujung bulan dah termenung dibuatnya.

Moga panduan ringkas yang dikongsikan usahawan, investor yang juga international speaker yang mempunyai lebih 324k follower ini mampu membantu:

TIP JIMATKAN WANG BELANJA HARIAN

DENGAN situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.

Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri. Jom cekidaut tip ini:

#1: Pelan makanan harian

Pernah tak kita kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)? Ramai yang masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari). Inilah realitinya harga makanan dah semakin mahal. Jadi bawalah bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Cuba kita bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja. Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul? Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita. Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

#2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan

Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat, tapi tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota dan tak perlu terkejut.

Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita. Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya. Cuba jumlahkan kos ini semua itu berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”. Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.

Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita. Ada banyak aplikasi smartphone yang membantu uruskan hal ini secara efisyen.

Artikel berkaitan: Krisis Covid-19 ubah cara bekerja, melancong dan berbelanja. Bersediakah kita?

#3: Jenama tak terlalu penting

Cuba kita tumpukan kat barangan isi rumah (toiletries) untuk perkara ini. Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan? Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan. Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal.

Bayangkan berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama? Sekarang banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju atau lain-lain barangan isi rumah.

Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.Bukan takat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.

#4: Latih diri Menahan Nafsu Belanja

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.

Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan. Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas banyak menggunakan duut. Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri.

Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli. Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

#5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu

Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, jadi mulalah belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi untuk berjimat. Antara contohnya yang boleh kita buat seperti kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar, cuba kerapkan memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.

Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh. Beri perhatian kat perkara seperti pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin.

Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik. Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif. Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain. Setuju tak? Ahyat nak korang belajar dulu macam mana nak buat kira – kira kewangan korang dengan dengan betul. Korang boleh daftar di link www.pejuanghartanah.com/kombat supaya korang tak terjerumus dalam bahaya kewangan yang besar.

Iklan

#6: Hari Tanpa Duit

Hari tanpa duit? Hah,macam mana tu? Begini caranya kita boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan keluarkan duit. Perasan tak? Dari pagi mula keluar rumah, beli sarapan, beli suratkhabar, kemudian bayar tol, isi minyak, makan tengahari, bayar parking, balik nanti bayar tol lagi, kemudian singgah gerai tepi jalan beli goreng pisang atau kuih-muih, kemudian malam lepak kedai mamak lagi dan sebagainya.

Boleh dikatakan setiap hari kita akan keluarkan duit dari poket kita. Jadi cuba kita latih benda ni dalam tempoh 1 hari. Dimana, pada hari tersebut kita perlu tahan diri dan berjanji takkan keluarkan duit 1sen pun dari poket atau dompet kita. Agak-agak kita boleh tahan ke? Kita mesti rasa macam mustahil kan? Jika rasa mustahil mungkin kita boleh mulakan dulu dengan hari Ahad iaitu hari cuti.

Pada hari tersebut, walau apa pun terjadi, cuba untuk tidak keluarkan sebarang duit dari dompet/poket. Pendek kata, hari itu, adalah hari tanpa duit. Jika ada buat apa-apa aktiviti, cuba buat aktiviti yang tidak memerlukan untuk kita mengeluarkan sebarang duit. Pada mulanya memang terasa agak sukar tapi kalau di latih benda ni akan jadi tabiat..ini bukannya kedekut ya tapi untuk lebih pandai berjimat n mengurus kewangan.

Bila benda ni dah berjaya kita buat secara outomatik dia punya seronak dan kita akan rasa untuk jadikan hobi. Oleh itu, bila kita amalkan hari tanpa duit, maka ianya akan serba sedikit dapat menyedarkan kita tentang perbelanjaan- perbelanjaan tidak perlu tersebut.

#7: Teknik Simpan ‘Duit Haram’

Korang boleh juga gunakan teknik ini pada duit RM5 (hijau) atau duit RM20 (oren). Caranya mudah je setiap kali kita menerima wang RM5 atau wang RM20 sekeping…. anda perlu ANGGAP bahawa… duit tersebut adalah “HARAM” digunakan.

Jadi kita perlu simpan duit tersebut di dalam sebuah tabung khas di dalam rumah kita. Contoh setiap kali dapat je duit RM5/RM20 terus masukkan dalam tabung tersebut. Jangan sesekali kita guna untuk keperluan kita. Simpanlah untuk masa depan. Bila tabung dah penuh pasti akan terkejut dengan jumlah duit yang telah berjaya kita kumpulkan dengan menggunakan teknik “Duit Haram” ini.

Iklan

#8: Rekod Pembelanjaan

Seringkali terjadi, bila kita dapat gaji dan selepas beberapa hari atau minggu, kita dapati wang kita hampir habis. Masa tu lah kita rasa amat pelik kan mana perginya wang kita tu? Apa yang sudah kita belanjakan? Rasanya, takde belanja apa-apa pun.. tetapi kenapa wang dah habis.

Jadi inilah pentingnya untuk kita track atau rekodkan setiap perbelanjaan kita. Kalau dulu memang leceh nak track & rekod peberlanjaan ni sebab nak kena bawa pen dan buku nota kecil setiap masa dalam poket untuk tulis apa yang kita dah belanjakan setiap hari.

Zaman sekarang sudah ada pelbagai aplikasi yang boleh kita install di dalam handfone sahaja. Aplikasi urus duit yang boleh kita install dari Google Play atau Apple store.Antara Aplikasi urus duit yang boleh digunakan adalah Aplikasi ClevMoney. Boleh juga search apps yang kita rasa sesuai dengan diri kita seperti “money management” ataupun “home finance”. Menggunakan aplikasi ini, kita boleh rekodkan segala perbelanjaan yang kita lakukan dengan lebih mudah. Maklumlah, kan phone kita kan memang ada 24 jam kat tangan kita. Jadi senang lah nak buat rekod.

Aplikasi ini kita akan dapat lihat kemanakah duit kita paling banyak dibelanjakan kelak, adakah untuk makanan? petrol? pakaian? tol? beli-belah? dan sebagainya. Bila kita dah tahu di mana belanja yang paling banyak kita keluarkan setiap bulan dan dari situ kita boleh buat planning untuk fokus berjimat pada bahagian tersebut.

Kesimpulannya, Ahyat harap tip ini dapat memberikan manfaat kepada korang semua dan jadikan tips ini sebagai tabiat sehingga menjadi rutin harian korang untuk mengelakkan pembocoran kewangan korang. JOM SHARE DAN KOMEN!

Sumber:
1. gilahartanah.com/5-cara-jimatkan-duit-belanja-harian-anda-dan-elakkan-berlapar-sampai-hujung-bulan/
2. nowhartanah.com/2019/03/10-cara-jimat-duit-belanja-bulanan.html
3. maskulin.com.my/tip-jimat-duit-belanja-harian-ketika-berdepan-cabaran-ekonomi-akibat-covid-19/

Kredit: Ahyat Ishak