WALAUPUN hanya kenal sebulan, jika sudah tertulis jodoh, pasangan berkahwin tetap bahagia bercinta selepas nikah dengan lelaki Egypt.
Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan ALLAH. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh.
Kadang-kadang jodoh datang tanpa disedari, begitulah indahnya aturan Yang Maha Esa.
Sekuat mana pun kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar jika tiada jodoh kita dengan seseorang itu, maka tiadalah.
Cinta bermula dari hati ke hati, walaupun di hujung benua, jika dia jodoh kita, dialah pilihan untuk kita.
Seperti yang dikongsi seorang wanita ini apabila bertemu kekasih hati dengan jejaka berasal dari Egypt.
Menerusi muat naik sebuah video di TikTok miliknya @ZazaHamo, dia mengenali lelaki itu secara atas talian selama sebulan dan kemudiannya terus menikah.
Pasangan itu sepakat memilih untuk bercinta selepas kahwin yang mana kini perkahwinan mereka sudah menginjak ke usia tiga tahun.
"November 2019 berkenalan di Facebook. Disember 2019 bernikah. Alhamdulillah untuk segalanya," coretnya.
Pun begitu, ada kalangan warga maya yang kurang senang dengan pilihan hati wanita itu dan mendakwa lelaki dari negara Arab suka 'buat perangai'.
Namun, tidak melatah dengan dakwaan tersebut, Zaza menyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan konflik rumah tangga tercetus berpunca daripada perangai individu.
Baca juga Mata biru unik, 6 beranak di Baling jadi tumpuan, ini cerita benar
"Mesti anak-anak you guys comel cantik. Saya doakan yang baik-baik untuk kalian. Sis pun baik je jawab kecaman netizen. Senyum je selalu."
"Alhamdulillah sis... sis bertuah dapat suami yang baik. Semoga bahagia berkekalan."
"Saya dulu pun nak kahwin orang Arab, tapi dia terlalu kacak untuk saya. Tak jadi kahwin."
Apa yang penting dalam satu hubungan itu adalah kesetiaan dan kejujuran. Tidak kira tempoh bercinta sebulan atau 10 tahun, kerana ada bahagianya walaupun bercinta selepas nikah.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI