Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin

Iklan
Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin

SEMALAM, Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewasalkan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.

Pemasyhuran tersebut bagi tempoh 18 Oktober 2021 sehingga 17 Oktober 2024 yang diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di Shah Alam, Selangor, semalam.

Iklan
Iklan

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Iklan

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirkan rasa bertuah dan berbesar hati menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu.

Titah baginda, pemasyhuran itu amat bertepatan kerana UiTM sebuah universiti yang mempunyai nilai warisan sejarah yang sarat ikatan pertalian dengan Selangor.

Iklan

Titah baginda lagi, semoga dengan pemasyhuran itu akan membuka lembaran baharu bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara.

Sementara itu, ini SinarPlus kongsikan lapan fakta menarik mengenai Tengku Permaisuri Norashikin yang ramai tidak tahu;

1. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman yang lahir pada 4 Jun 1971 merupakan Tengku Permaisuri kepada negeri Selangor Darul Ehsan dan permaisuri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9.

2. Baginda merupakan seorang bekas pembaca berita kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

3. Tengku Permaisuri Norashikin berasal daripada Shah Alam, merupakan isteri kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj setelah diijabkabulkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg Sahibus Samahah Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Baca juga Meninggal di usia 90 tahun, 7 fakta Hamid Gurkha ramai tidak tahu

4. Majlis pernikahan baginda berdua telah dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri.

5. Pernikahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg Dr Anhar Opir; Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg Datuk Abdul Majid Omar; ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, dan keluarga baginda.

6. Datin Paduka Seri Norashikin telah dilantik oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 8 September 2016, iaitu kira-kira seminggu selepas baginda berdua bernikah dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

7. Sebelum ini, baginda yang juga adalah bekas pramugari Malaysia Airlines.

Baca juga Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

8. Baginda pernah berkahwin dengan Kapten Mustapha Kamal Halim dan mempunyai dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh hasil perkahwinan tersebut.

Semoga dengan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin akan membuka lembaran baharu bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI