Hadapi cabaran susulan kontroversi lawak rogol, Ain Husniza raih 7A SPM

Iklan
Untitled design

HADAPI pelbagai cabaran susulan kontroversi dakwaan kes lawak rogol, remaja, Ain Husniza mencatat kecemerlangan dalam peperikssan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ain yang tular tahun lalu selepas mendakwa seorang guru PJK membuat gurauan melampau tentang rogol terdahulu bertukar ke sekolah swasta.

Iklan
Iklan

Baca juga: Pernah dakwa guru gurau mengenai rogol, pelajar kini di sekolah swasta

Iklan

Ain memperolehi A+ cemerlang tertinggi bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Pendidikan Seni Visual manakala A cemerlang tinggi bagi Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sains.

Baca juga: Isu guru buat jenaka rogol, Ain Husniza, bapa terima writ. 11 perkara mengenainya

Iklan

[caption id="attachment_84731" width="686"] Sumber: Twitter Ain Husniza[/caption]

Menerusi ciapan di Twitter, Ain mengaku menghadapi tekanan.

"Naik turun balai polis. Nangis sana sini, pressure study, pressure kena kecam.

"Ain tak pandai, Ain tak pernah dapat result macam ni. Ain jugak percaya, ni semua berkat from all the teachers I met that taught me and friends I made along the way,” titip Ain.

[caption id="attachment_84730" width="800"] Kredit foto: Malay Mail[/caption]

Terdahulu, Ain terkait kontroversi pendedahan guru bergurau keterlaluan berhubung perbuatan perkosaan.

Difahamkan, baru-baru ini Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan bagi menarik diri mewakili guru terbabit.

Baca juga: Isu guru buat jenaka rogol, Ain Husniza terima surat tuntutan RM1 juta

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan