BARU-BARU ini, seorang pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam pernah tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru lelaki di sekolahnya menerusi aplikasi media sosial TikTok.

Bagaimanapun, semalam,remaja berusia 17 tahun itu berkongsi dia telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta.

Kata Ain Husniza menerusi perkongsian di laman Twitter, dia dituntut untuk membayar jumlah berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebagai ganti rugi kenyataan yang telah dibuat olehnya terhadap guru terbabit.

“Hari ini, secara tiba-tiba semasa kelas atas talian berlangsung, saya menerima tuntutan (RM1 juta) berkenaan kenyataan saya yang didakwa sebagai ‘fitnah,’ katanya.

Menerusi ciapannya, Ain turut mengakui emosinya tidak stabil sehingga membuatkan dia kini kurang aktif berkongsi perkembangan di media sosial.

Dalam pada itu, bapanya, Saiful Nizam turut membuat hantaran di di laman Facebook berhubung penerimaan surat tuntutan terbabit dan memaklumkan dengan lebih spesifik.

Iklan

“Notis ini ditujukan kepada Ain Husniza, saya sendiri dan isteri. Terdapat lima tuntutan dan salah satunya bayaran ganti rugi RM1 juta.

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman, notis tuntutan ini adalah daripada cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” tulisnya.

Baca juga ‘Anak Setan Pakai Tudung’. Anak Pengetua Autisme Didakwa Komen Negatif, Pandelela Sokong Ain

Iklan

Memetik laporan Sinar Harian, guru berkenaan berbuat demikian kerana mendakwa Ain, bapa dan ibunya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

Antara tuntutan lain yang ialah untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.

Menempuhi saat yang sukar ini, Ain meminta orang ramai untuk mendoakan segala urusan berkenaan dipermudahkan dan berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.

Walau apa pun, diharapkan semoga kes ini dapat diselesaikan segera dan dengan cara yang baik.