DUA kali ganda berhadapan risiko diserang strok, ini perkara penting yang wanita berusia sekitar 35 tahun perlu tahu.
Strok bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan wanita umur 35 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati kaum Hawa bawah 35 tahun berhadapan risiko strok yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 2 kali ganda lebih tinggi daripada kaum lelaki!
Memetik portal Hello Health Group, menurut sebuah analisis yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke mendapati wanita di usia 35 tahun ke bawah mempunyai risiko sebanyak 44 peratus untuk mengalami strok iskemik yang disebabkan saluran darah yang tersumbat pada otak berbanding lelaki dalam kumpulan umur yang sama.
Bukan itu sahaja, wanita muda yang terselamat daripada serangan strok juga didapati mengalami kesan yang lebih serius. Malah, kerosakan dari segi fungsi organ juga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.
Mungkin ramai wanita yang berusia 35 tahun ke bawah merasai mereka masih lagi muda dan bebas penyakit.
Namun, kajian terbaharu ini menunjukkan sebaliknya. Wanita umur 35 tahun dan lebih muda juga boleh alami serangan strok.
Oleh sebab itu, dengan peningkatan risiko ini, kaum Hawa perlulah lebih berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Baca juga SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.