PEMBAWAKAN budak biasa kita dengar apabila wanita hamil. Pelbagai perubahan terjadi seperti kulit wajah berkedut hingga menyebabkan ada yang dihina manusia toksik.
Kaum Hawa diciptakan semula jadi berkeinginan tampil cantik. Bagaimanapun perubahan hormon yang dialami selepas hamil menyebabkan segelintir menghadapi pelbagai masalah. Paling ditakuti ialah masalah kulit wajah.
Seperti pengguna laman sosial TikTok ini, Una Athirah yang berkongsi telah berhadapan masalah kulit muka semasa hamil anak ketika.
Baca juga: Disindir terkena sumpahan, wanita kongsi pengalaman muka bengkak, berkedut ketika hamil
Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil
Menurut Atirah, perkara tersebut turut terjadi semasa mengandung anak sulung. Meskipun tidak pasti punca sebenar yang menyebabkan kulit wajah bertukar berkedut seawal bulan ketiga kehamilan, tetapi Una Atirah mengesyaki ia berkaitan dengan alahan pembawakan budak.
"Tak tahu kenapa muka jadi macam ni, alahan maybe...sebab masa si sulung pun macam ni
"Selalu tanya suami tak malu ke jalan muka begini. Terima kasih dua kali sudi hadap, takyah tunggu tua,” titipnya.
Tambah Atirah, keadaan mukanya pulih semula ketika tempoh berpantang.
Bagaimanapun di sebalik ujian itu, mujurlah suaminya memberi sokongan sehingga wajahnya pulih semula.
Warga maya memuji suami Atirah dan setia bersama ibu muda itu menempuhi waktu sukar sehingga sembuh. Tidak kurang juga berkongsi berhadapan masalah sama ketika hamil.
-"Paling win suami awak, dia tetap di sisi. Alhamdulillah. Nikmat ALLAH bagi suami yang faham."
-"Kelenjar minyak dibahagian muka terlalu aktif kerana hormon semasa hamil. Alhamdulillah normal balik, ada wanita yang kulitnya kekal begini. sampai kena jumpa pakar."
-"Tak mengapalah demi anak...insya-ALLAH ada hikmah di sebaliknya. Paling penting selepas itu kembali kepada asal. Apa pun tetap cantik."
Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan fizikal termasuk kulit berminyak dan tompok-tompok di sekitar mata, hidung dan pipi dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung.
Hampir semua perubahan yang terjadi tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon.
Baca juga: 7 wanita terkaya dunia 2022, taikun kosmetik paling top dengan RM329.31 bilion
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan