PALING subur, itulah gelaran yang diberikan buat wanita yang berasal dari Uganda apabila memiliki 44 orang anak pada usia 36 tahun. Bagaimanapun dia kini dikhabarkan dilarang hamil lagi.

Mariam Nabatanzi mendirikan rumah tangga pada usia 12 tahun melahirkan anak kembar setahun selepas dia berkahwin.

Tidak lama selepas itu ibu yang diberikan gelaran Mama Uganda itu melahirkan lima lagi pasangan kembar menyusul seterusnya empat set kembar tiga dan lima pasang kembar empat.

Baca juga: 20 tahun tertukar kerana salah tag nama masa lahir, pasangan kembar betulkan nama ayah pada IC

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Ia temasuk enam orang yang telah meninggal dunia sejak kecil. 16 orang adalah perempuan manakala selebihnya lelaki.

Difahamkan, kali terakhir Mariam bersalin adalah pada Disember tahun 2016. Kini difahamkan wanita itu dilarang hamil lagi.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah selepas si suami meninggalkan mereka sekeluarga.

Hal itu menyebabkan dia dan anak-anak hidup serba kekurangan. Ibu tabah itu melakukan apa sahaja untuk menampung keperluan keluarga.

keluarga besar mariam memerlukan 25 kilogram tepung jagung setiap hari dan jarang berpeluang memakan ikan dan ayam.

Menurut The Sun UK, Mariam yang bekerja sebagai juruhias majlis dan penggaya rambut turut menjual ubat-ubatan herba yang dibuatnya sendiri bagi menjana pendapatan.

Selain itu, kehidupan mereka disokong dana dan derma orang ramai.

Pakar Sakit Puan Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu berkata kemungkinan besar punca kesuburan melampau Mariam adalah faktor keturunan.

“Kesnya disebabkan oleh kecenderungan genetik iaitu hiper ovulasi iaitu melepaskan beberapa telur dalam satu kitaran haid. Keadan ini ketara meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar berganda. Ia boleh diturunkan ke generasi seterusnya secara genetik,” katanya.

Baca juga: Hanya lambat 15 minit, pasangan kembar ini sambut hari jadi beza setahun

Pada dinding rumah, Mariam menggantung potret anak-anaknya yang menamatkan sekolah

Baca juga: Mengandung lagi selepas lima hari hamil, wanita lahirkan dua bayi bukan kembar serentak

MAHU KELUARGA BESAR

Di sebalik personaliti peramah, Mariam menyimpan kisah sedih kehilangan kasih sayang ibu. Keinginannya untuk memiliki sebuah keluarga besar berakar umbi daripada sebuah tragedi.

Tiga hari selepas dilahirkan, ibunya meninggalkan dia dan lima adik-beradik yang lain.

Bapanya berkahwin lagi namun si ibu tiri bertindak meracun mati lima adik beradik yang lain. Mariam terselamat kerana ketika itu dia melawat saudaranya.

“Saya berumur tujuh tahun pada masa kejadian, terlalu muda untuk memahami maksud kematian. Saya diberitahu oleh saudara-mara tentang apa yang berlaku,” katanya.

Iklan

Daripada peristiwa yang menghancurkan keluarganya, wanita itu berkeinginan memiliki enam orang anak. Namun kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya, dia dikurniakan cahya mata lebih ramai daripada yang diimpikan, iaitu 44 orang.

Anak yang besar membantu Mariam menguruskan keluarga termasuk menyediakan sajian untuk keluarga

Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

LAKUKAN LEBIH SATU KERJA

Biarpun dihimpit kemiskinan, sebagai ibu Mariam sentiasa mencuba yang terbaik dalam menyediakan keperluan anak-anak.

Dua belas daripada anaknya tidur di atas katil dua tingkat di dalam satu bilik. Manakala di dalam bilik lain, anak-anak yang selebihnya tidur di atas lantai yang beralaskan tilam.

Baru-baru ini Youtuber, Joe Hattab menghadiahkan sebuah kenderaan berupa trak bagi kemudahan Mariam sekeluarga.

Youtuber Joe Hattab menghadiahkan sebuah lori

Tidak semua dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata. Namun keadaan kesuburan luar biasa Mariam disebabkan hiperovulasi jarang-jarang berlaku secara semula jadi.

Hiperovulasi merujuk kepada pengeluaran dan pembebasan lebih daripada satu telur semasa kitaran haid. Hiperovulasi boleh berlaku secara semula jadi atau dirangsang melalui rawatan hormon.

Iklan
Mariam ketika menerima sumbangan lori daripada Joe Hattab

Dalam keadaan biasa, apabila lebih daripada satu telur dikeluarkan, peluang untuk hamil kembar atau kembar tiga meningkat.

Menurut Bank Dunia purata kadar kesuburan di Uganda ialah 5.6 kanak-kanak bagi setiap wanita. Ia adalah dua kali ganda purata global iaitu 2.4 kanak-kanak bagi setiap wanita.

Pada Mei 2021, seorang wanita Mali berusia 25 tahun melahirkan sembilan kembar sembilan dan dia dilaporkan hamil tanpa bantuan rawatan kesuburan. Ini sangat jarang berlaku dan mungkin hasil hiperovulasi.

Baca juga: Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI