Tak perlu beli di luar lagi, cuba resipi Ikan Bakar Siakap Ala Perlis yang senang sangat nak buat

Iklan
Untitled design - 2022-06-25T100003.059

TAK perlu beli di luar lagi, cuba resipi Ikan Bakar Siakap Ala Perlis yang senang sangat nak buat.

Haa...apa yang SinarPlus katakan itu bukan sekadar cakap. Apa kata pada hujung minggu ini, kita sama-sama luangkan masa menjamu selera dengan keluarga dengan air tangan kita sendiri.

Iklan
Iklan

Baca juga Sajian istimewa Tujuh Kawah Wak Lan dan pencuci mulut raja buah memang berbaloi untuk santapan berbuka puasa

Jom cuba resipi Ikan Bakar Siakap Ala Perlis yang merupakan resipi istimewa ini hasil perkongsian laman Facebook, Rozmaliza Omar.

Iklan

Kata Rozmaliza, menu berkenaan pernah dijamahnya ketika menghadiri majlis konvokesyen anaknya.

Iklan

Selepas itu, mesti empunya diri terdorang nak cuba masak.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan yang dikongsikan beliau:

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap

3 sudu besar majerin

4 sudu besar susu pekat manis

1/2 cawan santan pekat

Sedikit serbuk kunyit

Garam

Baca juga Resipi daging asam kunyit ringkas, sangat menyelerakan

Cara penyediaan:

1. Masak kesemua bahan di atas kecuali ikan menggunakan api perlahan. Masak sehingga kuah pekat.

2. Setelah mendidih. Tutup api dan ketepikan.

3. Cuci ikan siakap bersih-bersih. Ratakan kunyit dan garam ke atasnya.

4. Bakar ikan menggunakan api sederhana.

5. Setelah itu, ratakan kuah tadi ke atas ikan kemudian bakar sekali lagi.

6. Setelah siap masak, boleh hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik.

Ringkas dan pantaskan resipi kali ini? Tak perlu dah susah-susah beli ikan bakar di luar.

Masak sendiri bukan sahaja jimat masa tetapi jimat duit tau!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan