RESIPI daging biasanya menjadi pilihan ramai dengan masakan rendang, kari, sambal, masak lemak serta goreng kunyit.

Namun juadah daging asam kunyit ini sangat menyelerakan. Bagi peminat hidangan daging, anda memang wajib cuba!

Mudah, tak perlu masa serta bahan yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera.

Sesuai kalau sediakan untuk makan tengahari mahupun malam nanti.

Jika inginkan lagi sedap, gunalah daging batang pinang, jimat masa tak perlu nak rebus lama.

Bahan-bahannya;

  • 1/2 kg daging direbus hingga empuk (jika tak mahu rebus, masak lebih lama supaya lembut)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 10 biji cili padi dihiris (potong tengah jangan putus)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
  • 1/4 sudu makan garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 1/2 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi (untuk hiasan)

Cuba juga Pisang goreng rangup ‘krup krap’ ini rahsianya, resipi guna 7 bahan

Tidak makan daging, ini manfaat untuk kesihatan

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai. Tumis hingga wangi.

2. Bila serai sudah keperangan, masukkan bahan hiris. Tumis lagi hingga naik bau.

3. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa dan air rebusan daging. Masak hingga mendidih.

Iklan

4. Bila dah mendidih ganas, masukkan daging. Gaul seketika.

Baca juga Elak beri makan daging, tulang mentah kepada kucing elak si bulus sakit!

5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga kuah kering.

Iklan

6. Akhir sekali, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.

Sumber: Mariana Zainal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.