10 jam tunggu kelahiran anak, air mata ‘jantan’ Fizo Omar gugur saat isteri bertarung nyawa melahirkan

Iklan
Fizo omar

TIDAK semua orang dapat menyaksikan momen isteri melahirkan anak, namun pelakon Fizo Omar berpeluang untuk menemani isterinya, Fazeera Nazri di dalam bilik bersalin sehinggakan air matanya gugur.

Difahamkan, pasangan itu melalui tempoh penantian yang agak lama kerana kelahiran itu mengambil masa selama 10 jam.

Iklan
Iklan

Fizo berkongsi cerita menerusi hantaran di laman sosial, Instagram semalam yang memaparkan beliau sedang memangku anak keduanya itu sambil diperhatikan isteri dan ibunya.

Iklan

Menerusi ruangan kapsyen, Fizo menceritakan semula detik kelahiran bayi sulungnya bersama Fazeera pada 24 Jun lalu. Pasangan itu memilih untuk melahirkan secara normal.

"24 jun isteri saya dimasukkan ke Labour room pukul 3pm, hampir 10 jam get ready untuk baby dilahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural.

Iklan

"Kalau tak sya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin,” katanya.

Tambah Fizo, durasi itu bukanlah satu tempoh masa yang singkat, malahan hampir tiga jam isterinya meneran sehingga melahirkan bayi perempuan itu.

"Gugur air mata jantan seorang suami bila tgk orang yg kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,” jelasnya.

Baca juga:"Cik Yam nak dapat adik dah.”- Fizo Omar teruja isteri hamil selepas sebulan bernikah

Momen itu sememangnya melahirkan perasaan yang bercampur baur dan menjelangnya jam 12.39 pagi (25 Jun) sekali lagi air mata Fizo mengalir keluar.

"Sekali lagi gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila kau tengok buat pertama kalinya seorang anak yang ditunggu-tunggu selama ni.

"Serius weh abe joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat baby,” ujarnya.

Walaupun sebelum ini Fizo sudah bergelar bapa, namun perasaan itu tetap seperti baharu dan dia perlu menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya kerana itu amanah yang dikirimkan kepadanya.

"Perasaan abe joe masa macam… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dgn ibu di dalam kandungan.

"The moment abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan."ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang.” Datangnya seorang baby, bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan.

"Tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dr sebelum ini,” katanya.

Menerusi hantaran terakhir itu Fizo sempat berpesan kepada mereka yang bergelar suami dan bakal ayah untuk merasai pengalaman menemani para isteri melahirkan kerana menurutnya dengan pengalaman ini dapat menjadikan diri sebagai ketua keluarga yang baik.

Baca juga: Isteri selamat bersalin, Fizo Omar kini ada dua puteri

Kredit foto: Instagram Fizo Omar, ffezyranesry

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan