Isteri selamat bersalin, Fizo Omar kini ada dua puteri

FIZO OMAR
FIZO OMAR
A
A
A

PELAKON dan usahawan, Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, satu lagi hadiah yang indah dikurniakan oleh ALLAH SWT.

"Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

"Ibu dan bayi sekarang berada dalam keadaan sihat dan selamat,” kongsinya.

Kelahiran itu menjadikan Fizo kini memiliki dua puteri termasuk anak hasil perkahwinan terdahulu, Wan Maryam, 5 tahun.

Sekadar info, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca